Buletin
WANITA PAHANG TERUS DIPERKASA MELALUI PELBAGAI PROGRAM
Wanita di Pahang akan terus diperkasakan melalui pelbagai bidang yang ada melibatkan program yang dijalankan oleh Kerajaan Pahang. YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata Kerajaan Pahang sentiasa membantu dan bersama kaum wanita di negeri ini. “Kerajaan Negeri tidak pernah melupakan kaum wanita sama ada melalui jawatan atau […]
PENGECUALIAN BIL AIR SANGAT BERMAKNA UNTUK MANGSA BANJIR
Pengecualian pembayaran bil air selama tiga bulan di kawasan terjejas banjir baru-baru ini sangat bermakna kepada mangsa banjir di negeri ini yang mengalami kerugian teruk akibat banjir. Ahli Parlimen Pekan, YB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak berkata, bantuan itu sangat bermakna kepada mereka, sebab dalam keadaan ini kerugian yang mereka alami sangat besar. […]
LEBIH RM1 JUTA BANTUAN UNTUK MASJID DAN SURAU TERJEJAS BANJIR
Kerajaan Pahang menerusi Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memperuntukkan lebih RM1 juta bantuan kepada lebih 90 masjid dan surau yang terjejas banjir di negeri ini yang diperoleh melalui sumbangan daripada beberapa agensi termasuklah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam […]
AGENDA MEMELIHARA, MEMULIHARA KELESTARIAN ALAM DAN KEPELBAGAIAN BIODIVERSITI DI PAHANG JADI KEUTAMAAN KERAJAAN NEGERI
Kerajaan Negeri Pahang komited dan konsisten dalam memelihara dan memulihara kelestarian alam dan kepelbagaian biodiversiti di negeri ini. YAB Menteri Besar Pahang Dato’Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, komitmen dan pendirian Kerajaan Negeri ini beliau tegaskan ketika mempengerusi Mesyuarat Majlis Biodiversiti Pahang dan Mesyuarat Perbadanan Taman Negeri Pahang yang diadakan untuk kali yang […]
KAMPUNG ORANG ASLI RENING KINI DAPAT RANGKAIAN 4G
Penduduk di Kampung Orang Asli Rening di Cameron Highlands kini dapat menikmati kemudahan perkhidmatan internet jalur lebar 4G apabila Projek Internet Jalur Lebar Tanpa Wayar (BWA) yang menggunakan teknologi satelit telah siap sepenuhnya pada penghujung Disember tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd […]
KUTIPAN ZAKAT PAHANG MENINGKAT
Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang merekodkan peningkatan dalam kutipan zakat harta sebanyak RM178 juta tahun lalu berbanding RM158.2 juta tahun 2020. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, YH Dato’ Ahmad Hairi Hussain berkata, jumlah kutipan tahun lalu melebihi sasaran ditetapkan dan satu pencapaian membanggakan walaupun kempen zakat secara bersemuka […]