100 Tahun Bukit Fraser

100 Tahun Bukit Fraser

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan merasmikan Majlis Sambutan 100 Tahun Bukit Fraser

Raub: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Sambutan 100 Tahun Bukit Fraser di Bukit Fraser, Sabtu semalam.

Ketibaan baginda pada majlis berkenaan pada jam 8.50 malam diiringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut berangkat Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah.

Hadir sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Majlis yang disambut penuh meriah dan bersejarah ini adalah pertama kalinya diadakan sejak pembukaan Bukit Fraser yang sebelum ini adalah sebuah kawasan perlombongan kemudiannya menjadi pusat peranginan tanah tinggi.

Persembahan tarian oleh penari-penari kebudayaan.

Tetamu dihiburkan dengan pelbagai persembahan seperti tarian kebudayaan, pentomen, acara nyanyian dan juga Beg Paip St. John’s Johanians Pipes and Drums yang bertemakan sejarah Bukit Fraser.

Kehadiran pelakon terkenal tempatan, persembahan disemarakkan lagi dengan kehadiran pelakon terkenal tempatan, Datuk Jalaluddin Hassan.

Sejarah Bukit Fraser

Asal nama Bukit Fraser adalah daripada seorang pengembara Scotland, Louis Jamers Fraser.

Beliau adalah seorang akauntan dan telah menceburi bidang perlombongan emas di Australia. Dalam tahun 1890-an, perlombongan bijih timah sedang berkembang pesar di kaki Bukit Fraser, walaupun satu-satunya jalan perhubungan di antara Raub dan Kuala Kubu hanyalah melalui jalan kuda.

L.J. Fraser menjadi pedagang bijih timah dengan membeli bijih timah mentah daripada orang-orang Melayu dan Cina di Tras dan Lembah Sempam, dan kemudiannya mengangkut muatan itu dengan menggunakan keldai-keldai ke Kuala Kubu.

Disebabkan bijih timah dilombong secara aktif di Bukit Fraser pada lewat tahun 1890-an dan pada awal tahun 1900, dipercayai L.J. Fraser merupakan orang yang membuat laluan kuda dari Gap ke atas bukit.

Beliau seterusnya berpindah ke Bukit Fraser dan menjadikan bukit ini sebagai tapak untuk menjalankan perdagangan bijih timahnya.

Namun secara misteri, beliau telah hilang secara tiba-tiba dan jasadnya tidak pernah ditemui sehingga ke hari ini.

Kawasan Nyaman Dan Bebas Pencemaran Bunyi

Bukit Fraser amat terkenal sebagai destinasi percutian bagi pasangan yang baru berumah tangga mahupun bercuti bersama keluarga.

Terletak di kawasan tanah tinggi, Bukit Fraser menghidangkan udara sejuk dan segar serta menjanjikan suasana yang tenang, bebas daripada pencemaran bunyi dan hiruk pikuk kota.

Selain itu, Bukit Fraser juga mengadakan acara tahunan peringkat antarabangsa yang terkenal bagi pelancong dari dalam dan luar negara iaitu ‘Bird-racing’.

Perlumbaan Burung Antarabangsa tahunan diadakan pada hujung minggu kedua Jun setiap tahun, yang dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Fraser’s Hill dengan kerjasama WWF Ia melihat para peserta di seluruh dunia berkumpul di stesen bukit dalam persaingan pasukan untuk melihat, mengenal pasti dan merekodkan tertinggi bilangan spesies burung yang dinyatakan dalam senarai semak rasmi.

Oleh: Admin

Leave a comment