14 Lori Tangki Air: Bantuan Kepada Penduduk Chini

14 Lori Tangki Air: Bantuan Kepada Penduduk Chini

MB Pahang ketika lawatan beliau ke Loji Rawatan Air (LRA) Chini pada 13 Mac 2019 yang lalu.

Kuantan, 20 Mac- Ketika sesi lawatan YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy ke Loji Rawatan Air (LRA) Chini pada minggu lalu, beliau telah dapati bahawa cuaca panas merupakan salah satu faktor paras air sungai surut.

” Saya sendiri pun sudah meninjau Loji Rawatan Air Chini dua hari lalu dan paras air di loji berkenaan adalah 1.68 meter… maknanya, ia masih belum mecatatkan paras kritikal iaitu 0.68 meter.

” Kerajaan negeri juga tidak dapat berbuat apa-apa mengenai isu ini disebabkan cuaca panas yang menyebabkan paras air sungai terlalu surut” katanya ketika ditemu bual oleh wartawan pada Majlis Ramah Mesra Bersama-sama Masyarakat Nelayan Beserah, Kuantan pada 13 Mac 2019 lalu.

Namun, bagi memastikan kelangsungan hidup rakyat di Chini, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) telahpun menggerakkan 14 lori tangki air bagi menyalurkan bantuan awal sekali gus melegakan penduduk yang terjejas.

Beliau berkata bahawa pihaknya juga bersedia untuk menambah bilangan lori tangki air jika lori yang sedia ada tidak mencukupi untuk menampung bekalan penduduk di Felda Gugusan Chini.

Beliau turut memaklumkan, sebelum PRU-14, Kerajaan Pusat dibawah pimpinan Barisan Nasional telahpun meluluskan peruntukan RM12 Juta yang juga termasuk dalam kos pemasangan paip sepanjang 25 km bagi mengambil air mentah dari Sungai Pahang untuk diproses (disalukan) ke LRA Chini.

” Jadi, kalau semua peruntukan yang sudah diumumkan dan diluluskan sebelum ini dapat diteruskan oleh Pusat (Pakatan Harapan), sudah pasti perkara ini boleh diselasikan,” jelas beliau.

Oleh: A.

3 Replies to “14 Lori Tangki Air: Bantuan Kepada Penduduk Chini”

Leave a comment