500 Pelajar Bersama Warga Kuantan Gotong-Royong Bersihkan Teluk Chempedak

500 Pelajar Bersama Warga Kuantan Gotong-Royong Bersihkan Teluk Chempedak

 

Kuantan: Satu program yang diberi nama PolyCC Jubilee Beach Fun Walk & Student Carnival 2019 telah dianjurkan oleh Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dengan kerjasama Kolej Komuniti Pahang  telah diadakan pada 27 Mac lalu.

Program tersebut adalah sempena meraikan Sambutan Jubli Emas Politeknik Malaysia antara aktivitinya ialah menghimpunkan seramai 500 orang pelajar serta masyarakat setempat dengan aktiviti gotong-royong mengutip sampah di sekitar kawasan Teluk Chempedak.

Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) POLISAS Shahrul Nizam Mohamed berkata,

”Fun Beach Walk diadakan sejauh satu kilometer disertai 500 warga politeknik dan Kolej Komuniti serta masyarakat setempat. Sekali gus mengeratkan hubungan politeknik bersama masyarakat setempat.

”Ia juga berkonsepkan CSR iaitu berjalan sambil mengutip sampah sarap bagi membersihkan kawasan pantai.”

Beliau turut menjelaskan bahawa antara objektif lain program adalah mempromosikan jenama politeknik dan Kolej Komuniti selaku institusi pendidikan TVET yang berkualiti dan berupaya menghasilkan modal insan yang holistik kepada masyarakat setempat.

Pelbagai aktiviti dan pengisian menarik telah diadakan sepanjang karnival berlangsung seperti Lepak Santai Bersama PU Sufian dan Dai’e Wan, pertunjukan robotik, demo silat,sukan rakyat dan lain-lain.

Oleh: Admin

Leave a comment