6,000 Unit Rumah Makmur Sasar Golongan Berpendapatan Rendah

6,000 Unit Rumah Makmur Sasar Golongan Berpendapatan Rendah

Menteri Besar Pahang semasa gimik perasmian Majlis Pecah Tanah Perumahan Makmur Padang Saujana Jaya, Mukim Pulau Tawar, 23 April lalu.

Jerantut: Kerajaan Negeri Pahang komited dalam membantu golongan berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman sendiri dengan meluluskan 6,000 unit Rumah Makmur di seluruh Pahang.

Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, berkata jumlah itu hampir mencapai sasaran untuk membina 10,000 unit rumah seperti yang telah ditetapkan Kerajaan Negeri sejak projek itu dilancarkan tiga tahun lalu.

“Bagi projek Rumah Makmur, kerajaan negeri menawarkan rumah berharga RM80,000 dengan syarat tambahan iaitu pemohon memiliki tanah sendiri dan berpendapatan bawah RM5,000 sebulan.

“Projek ini selaras hasrat kerajaan Pahang yang mementingkan kebajikan rakyat dan berhasrat untuk memastikan semua penduduk di negeri ini memiliki kediaman sendiri,” kata beliau semasa ditemubual media tempatan setelah selesai Majlis Majlis Pecah Tanah Perumahan Makmur Padang Saujana Jaya, Mukim Pulau Tawar, Selasa lalu.

Mengenai projek Rumah Makmur daerah Jerantut ini, projek ini akan di bina dengan melibatkan 58 ekar keluasan tanah di Padang Saujana, Mukim Pulau Tawar dan akan dikendalikan oleh syarikat Semangat Etika Sdn. Bhd.

Beliau turut berkata sehingga kini, sebanyak 14 projek Rumah Makmur telah diluluskan dan sedang dalam proses perlaksanaan di seluruh Negeri Pahang.

Turut hadir pada majlis pecah tanah tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Nazri Ngah.

Oleh: Admin

 

 

 

 

Leave a comment