772 murid sekolah DUN Peramu Jaya menerima Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) Yayasan Pahang

772 murid sekolah DUN Peramu Jaya menerima Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) Yayasan Pahang

Pekan, 12 Dis – Seramai 772 orang pelajar sekolah rendah dalam kawasan DUN Peramu Jaya telah menerima Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) Yayasan Pahang dalam sebuah majlis penyerahan di Dewan Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP), Pekan.

YB Dato’ Sri Haji Sh Mohmed Puzi merangkap Adun Peramu Jaya hadir dan menyampaikan biasiswa tersebut kepada murid tahun 4, 5, dan 6 pada Majlis Penyerahan Biasiswa Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) Yayasan Pahang bagi Sesi Persekolahan 2020, hari ini.

Sebelum ini, DUN Cheka telah menjadi destinasi pertama penyerahan biasiswa ini yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Lipis, YB Dato’ Sri Abd Rahman Mohamad dan Adun Cheka, YB Encik Lee Ah Wong kepada 108 orang pelajar pada 8 Disember 2019 lepas.

Bagi tahun 2020, Yayasan Pahang telah memperuntukkan sebanyak RM 5,765,400 juta bagi Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) Yayasan Pahang melibatkan seramai 19,218 orang murid tahun 4, 5, dan 6.

Sejak 35 tahun beroperasi, Yayasan Pahang telah membelanjakan lebih  RM364 juta hanya bagi biasiswa sekolah menengah dan rendah.

Sehinggi kini, pihak Yayasan Pahang telah memperuntukkan hampir RM1.2 billion sebagai bantuan kepada anak-anak dalam sektor pendidikan di Pahang.

 

Oleh: Admin

Leave a comment