Agong: Konsep Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada Akan Diteruskan

Agong: Konsep Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada Akan Diteruskan

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah menerima zakat daripada badan korporat.

Kuantan, 30 Mei – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah akan meneruskan legasi amalan keluarga baginda untuk sentiasa mendekati rakyat seperti yang telah diterapkan oleh Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah.

“Dengan adanya majlis seperti ini, ia dapat merapatkan lagi hubungan antara raja dan rakyat, sesuai dengan slogan pemerintahan Almarhum Paduka Ayahanda iaitu Raja dan Rakyat Berpisah Tiada,” titah Seri Paduka pada Majlis Berbuka Puasa dan Pengurniaan Sumbangan Kepada Golongan Memerlukan Bantuan di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1.

Baginda turut bertitah menghadiri program seperti berbuka puasa dan dan pengurniaan bantuan kepada golongan yang memerlukan merupakan amalan keluarga sejak pemerintahan Almarhum Paduka Ayahanda lagi.

“Paduka ayahanda saya yang meletakkan amalan sedemikian kepada semua (anggota keluarga) dengan prinsip kalau dapat, kita mahu tingkatkan silaturahim antara raja dengan setiap lapisan rakyat.

“Sepanjang hayatnya, almarhum paduka ayahanda banyak melakukan pelbagai program bersama rakyat dan ini adalah legasi yang akan saya teruskan berpaksikan kepada prinsip raja dan rakyat berpisah tiada,” titah

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah menyempurnakan pengurniaan sumbangan kepada golongan Asnaf.

Pada majlis tersebut, Sultan Abdullah juga perkenan menerima penyerahan zakat perniagaan daripada sembilan badan korporat di Pahang berjumlah RM9.4 juta.

Baginda turut menyempurnakan pengurniaan sumbangan kepada 200 orang golongan asnaf.

Oleh: Admin

 

Leave a comment