Anak Lumpuh Mendapat Perhatian Kerajaan Negeri

Anak Lumpuh Mendapat Perhatian Kerajaan Negeri

Keadaan di rumah Karim Lok Yu, bapa kepada adik Suraya yang menghidap lumpuh.

Koyan, 17 Sep – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Begitu dugaan terpaksa dihadapi pasangan suami isteri dari Kampung Kuala Koayan di sini apabila anak sulung mereka daripada empat beradik disahkan menghidap penyakit lumpuh kekal.

Menurut pegawai Hal Ehwal Orang Asli Menteri Besar Pahang, Encik Adam Zaidi berkata, adik Suraya A/P Karim,13, disahkan menghidap penyakit Meningoencephalitis itu sejak diserang sawan.

Mendengar berita mengenai adik ini, Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail telah menghantar pasukan bantuan melalui wakilnya daripada Unit Hal Ehwal Orang Asli yang diketuai oleh Dato’ Muhammad Olian Abdullah dan beberapa orang pegawai lain yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi.

Antara bantuan yang telah disampaikan adalah bekalan susu nutrisi, Tilam “Air Bubble”, dan juga bantuan kewangan untuk rawatan susulan adik Suraya.

Oleh : Admin

One Reply to “Anak Lumpuh Mendapat Perhatian Kerajaan Negeri”

Leave a comment