Anak Pahang Antara Penerima Anugerah Kepimpinan Belia Dunia 2019

Anak Pahang Antara Penerima Anugerah Kepimpinan Belia Dunia 2019

Hishamuddin Abdul Rahman ketika menerima Anugerah Kepimpinan Belia Dunia 2019 ( Global Youths Leadership Award 2019 di National Assembly Hall, Katmandhu, Nepal.

Lipis, 17 Jun – Anak jati Pahang kelahiran Kampung Berchang, Kuala Lipis, Hishamuddin Abdul Rahman telah menerima anugerah peringkat antarabangsa sekali gus mengharumkan nama negara pada progra Global Youth Leadership Awards 2019 dekat National Assembly Hall, Kathmandu, Nepal baru-baru ini.

Hishamuddin, 47, telah menerima Anugerah Kepimpinan Belia Dunia 2019 bersama 27 yang lain telah menerima anugerah daripada bekas Perdana Menteri Nepal, Hon Jhala Nath Khanal.

Beliau merupakan Naib Presiden 1 Malaysian Corruption Watch dan kini sedang bertugas sebagai pensyarah akademik di Jabatan Bahasa Inggeris, Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis. Pahang.

“Program sebegini dilihat berkesan untuk memberi motivasi kepada pelajar luar bandar agar tidak tercicir dan gagal dalam pendidikan seterusnya dapat membantu keluarga keluar daripada kemiskinan,”katanya.

Oleh: Admin

Sumber: Sinar Harian

Leave a comment