Apa yang “best” di Pantai Cherating ?

Apa yang “best” di Pantai Cherating ?

Cherating yang terletak nun di pantai timur Semenanjung Malaysia adalah sebuah pusat peranginan yang terkenal dengan keindahan alam semula jadinya, pantai ini merupakan antara yang tercantik di Malaysia, terletak kira-kira 30 – 40 minit memandu dari Bandar Kuantan, Pantai Cherating juga sempadan antara Pahang dan Terengganu.

Suasana yang aman dan tidak sesak juga memudahkan pengunjung untuk sampai ke destinasi sekitarnya.

Antara penginapan popular yang terdapat di sini adalah Club Med Cherating, Holiday Villa Beach Resorts, Casa Titik, The Katsuri, Royale Chulan Cherating dan sebagainya. Selain daripada penginapan mewah, pengunjung juga boleh menginap di hotel atau homestay mampu milik yang terdapat di sini.

Memandangkan Pantai Cherating ini berada di Laut Cina Selatan, maka angin dan ombaknya sangat kuat dan menjadi tumpuan para pengemar aktiviti sukan air seperti papan luncur,wind surfing dan kite surfing.

Untuk mengelakkan anda pening akal ke mana hendak tuju, kami sediakan kepada anda beberapa tempat menarik yang anda boleh kunjungi ketika bercuti di sini.

1. Pusat Penerangan dan Santuari Penyu, Cherating

Pengunjung dapat melihat anak-anak penyu yang baru sahaja menetas  | sumber : google

Bagi anda yang bercuti dengan kanak-kanak, jangan lepaskan peluang untuk ke Santuri Penyu Cherating. Banyak info berkaitain haiwan yang boleh anda sekeluarga dapati, anda juga berpeluang mendekati anak-anak penyu yang baru menetas.

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.30am – 4.30pm)

Bayaran: Percuma

Alamat: KM 45, Jalan Kuantan – Kemaman, 26080 Kuantan

2. Pantai Teluk Mak Nik ( Monica Bay )

Antara juadah tradisional yang terdapat di kawasan sekitar | sumber : Syed Amran images

Pantai Teluk Mak Nik terkenal dengan nama Mat Sallehnya iaitu Monica Bay, anda sekeluarga boleh menikmati pemandangan indah dan dikelilingi gerai makanan yang menjual juadah tradisional seperti sata, lemang, otak-otak dan sebaginya.

Alamat: Teluk Mak Nik | Geliga Kemaman, Cukai 24000

3. Zoo Kemaman & Taman Rekreasi

Pelbagai jenis spesies haiwan eksotik yang boleh dilihat dan anda berpeluang bermandi di Taman Tema Air yang terdapat di sini | sumber : google

Terletak hanya 15 minit dari bandar Cherating, anda berpeluang melihat  54 spesies haiwan eksotik seperti harimau, singa, orang utan, gajah, dan banyak lagi.Zoo ini berkeluasan 35 ekar, menggabungkan taman, kebun buah-buahan, taman herba, bonsai, taman tema air dan zoo mini.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm)

Bayaran:  Zoo Kemaman: Dewasa RM10 | Kanak-kanak 5-12 Tahun RM7 | Kolam Renang: RM5

Alamat: Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman, Majlis Perbandaran Kemaman, 24000 Kemaman, Terengganu

4. Sungai Yah-Yah

Umpama berada di Dunia Fantasi, itulah yang dapat digambarkan apabila anda berpeluang melihat kelip-kelip gemerlapan pada waktu malam | sumber : google

Teringin hendak melihat kelip-kelip di ruangan udara macam bintang pada waktu malam ?

Kalau macam tu, Sungai Yah-Yah menjadi pilihan terbaik. Anda berpeluang untuk melihat habitat kelip-kelip berkelipan macam “cahaya bintang”. Semamngnya ia satu pemandangan yang sukar dilupakan dan anda akan rasa seolah-olah macam berada di dunia fantasi !

Alamat: Sungai Yah Yah

5. Mangrove Tour , Sungai Cherating

Menaiki bot sambil menikmati keindahan alam semulajadi ! | sumber : google

Di sini juga anda boleh melihat gemerlapan cahaya kelip-kelip pada waktu malam, manakala pada waktu siang pula anda boleh menaiki bot untuk Mangrove Tour sambil menikmati keindahan alam !

Waktu Lawatan (Hafiz River Mangrove Cruise): Mangrove Cruise Pertama (9.00am) | Kedua (4.00pm) | Durasi 1 1/2 Jam

Bayaran (Hafiz River Mangrove Cruise): Dewasa RM35 | Kanak-kanak Bawah 11 Tahun RM25

Alamat: Sungai Cherating, Balok, Pahang

6. Pulau Ular

Anda semestinya tidak mahu melepaskan aktiviti snokerling ! | sumber : google

Pulau kecil yang terletak 35 minit menaiki bot dari persisiran pantai ini merupakan tempat untuk melakukan aktiviti snokerling.Mulakan perjalan anda seawal pagi ke sini kerana selapas 12 tengah hari , ombak mulai kuat dan ia agak sukar untuk anda ingin melakukan aktiviti tersebut.

Alamat: Pulau Ular, Cherating, Kuantan

7. Limbong Art

Jom melukis corak batik mengikut kretiviti masing-masing ! | sumber : google

Batik dikenal sebagai kebanggaan negara, jadi mari kita ke sini untuk mempelajari bagaimana corak batik dihasilkan supaya tak mati ditelan dek zaman.Selain batik anda juga berpeluang melihat kraftangan lain yang dijual di sini.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 10.00pm)

Alamat: Kampung Cherating Lama, 26080 Balok, Pahang

8. Pasar Segar Kemaman

Bayangkan sotong segar yang dimasak dengan kaedah BBQ, memang terliur ! | sumber : google

Kepada yang hendak Ber BBQ tepi pantai ,datanglah ke Pasar Segar Kemaman. Di sini anda boleh memilih dari pelbagai jenis hasil laut yang segar dengan harga yang sukar dipercayai murahnya kalau dibezakan dengan pasar yang lain.

Waktu Operasi: Setiap Hari Selepas Pukul 3.00pm

9. Kedai Kopi Hai Peng

Sarapan pagi ala-ala Kopitiam untuk memulakan hari anda ! | sumber : google

Kalau bangun pagi dan terasa ingin breakfast ala-ala kopitiam , di sini lah tempat nya.Antara makanan yang dihidangkan di kedai ini adalah roti bakar mentega dan kaya, nasi lemak, ice-blended dan macam-macam lagi! Nasi dagang pun ada! Semuanya cukup menyelerakan.

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (6.00am – 7.00pm)

Alamat: K-3753, Jalan Sulaimani,Chukai,Kemaman, 24000

10. Club Med Cherating

Pemandangan Hotel Mewah Club Med Cherating yang dihiasi dengan reka bentuk kampung moden | sumber : Club Med Cherating

Hotel Mewah ini sememangnya menjadi bualan setiap pengunjung ke sini ! dikelilingi dengan hutan dan pemandangan menghadap pantai, cukup menyegarkan bagi sesiapa yang ingin ketenangan dari keriuhan kota.

Banyak aktiviti yang ditawarkan jika anda menginap di sini seperti menyertai kelas memanah, melakukan aktiviti lasak treetop adventure, rock climbing, belajar berlayar, yoga, berkayak dan banyak lagi! Semuanya menyeronokkan dan banyak yang mampu memacu adrenalin anda.

Alamat:Batu 29 miles Jalan Kuantan, Jalan Kuantan Sungai Lembing, 26080 Kuantan

11. Pantai Cherating

sumber : google

Jadi memang banyak tempat menarik yang anda boleh pergi bila berkunjung ke sini dan semestinya Pantai Cherating merupakan destinasi wajib.

Percutian yang santai dan cukup sesuai untuk anda yang ingin berjimat kerana tarikan-tarikan yang ada di sini kebanyakannya tidak menelan belanja yang banyak, tambahan lagi kebanyakan tarikannya melibatkan alam semula jadi.

Jadi jangan buang masa , jom ke Cherating !

Oleh Admin.

4 Replies to “Apa yang “best” di Pantai Cherating ?”

Leave a comment