Apakah Yang Berlaku Pada Badan Kita Setelah Sebulan Berpuasa?

Apakah Yang Berlaku Pada Badan Kita Setelah Sebulan Berpuasa?

Ketika bulan Ramadan, setiap orang Islam akan berpuasa dari bermulanya terbit matahari hinggalah tenggelamnya matahari, setiap hari selama sebulan.

Berpuasa di bulan Ramadan akan meneutralkan dan cara paling berkesan untuk mendetox  dan menyegarkan semula tubuh badan kita. 

Tetapi, semua ini hanya terjadi jika anda mengikuti cara pemakanan yang sihat, dan tidak melebihi keinginan ketika berbuka.

Cuba sebaik mungkin untuk mengambil makanan proses dan makanan bergoreng pada bulan ini.

Memandangkan kita hanya mempunyai beberapa jam untuk makan dan minum, amatlah penting untuk kita mengambil kira setiap makanan yang kita ambil.

Kekal terhidrasi dengan meminum air masak dengan banyak dan elakkan daripada pengambilan makanan atau minuman yang mempunyai kafein yang akan menyahidrat badan anda dan membuatkan badan anda sangat dahaga ketika sedang berpuasa.

Ini adalah huraian apakah yang berlaku pada tubuh badan ketika kita berpuasa dalam setiap peringkat semasa 30 hari berpuasa.

Peringkat Pertama.

Semasa beberapa hari bermulanya puasa, kedua-dua tekanan darah dah kadar gula dalam darah akan turun. Proses pembersihan pada badan kita akan bermula.

Kebiasaannya beberapa hari permulaan adalah sukar kerana anda akan mengalami sakit kepala, pening, nausea dan kelaparan.

Peringkat Kedua.

Pada peringkat ini, tubuh badan menjadi terbiasa dengan waktu berpuasa dan sistem penghadaman akan dapat berehat.

Sistem penghadaman akan fokus kepada tenaganya untuk membersihkan badan dan membaik pulih sel seperti sel darah putih didalam badan akan mula aktif.

Pada peringkat ini, proses pembaikan pada organ-organ juga akan bermula.

Peringkat Ketiga.

Pada peringkat ketiga ini, paras tenaga akan meningkat, tumpuan minda akan menjadi lebih baik dan anda akan merasakan dalam keadaan yang sihat.

Selain itu, semasa berpuasa, proses membaik pulih badan menjadi lebih cekap dan tubuh badan juga akan memperbaiki sebarang kerosakan sel.

Semasa peringkat ini, colon, hati, buah pinggang, jantung dan kulit akan menyahtoksin.

Peingkat Keempat

Semasa 10 hari terakhir berpuasa di bulan Ramadan, tubuh badan menjadi kebiasaan dengan proses berpuasa. Tubuh badan kita akan menjadi lebih bertenaga, dan anda akan melalui pengalaman dimana ingatan dan tumpuan anda bertambah baik.

Pada peringkat ini juga, proses membaik pulih organ-organ telahpun selesai dan kesemua toksin telah dikeluarkan dan tubuh badan kita akan berfungsi dengan kapasiti yang maksimum.

Kesemua huraian ini hanyalah sebahagian daripada kebaikan fizikal amalan berpuasa yang berlaku pada tubuh badan kita.

Tetapi, kebaikan rohani pada bulan ini adalah lebih berkali ganda baik daripada apa yang telah dihuraikan.

Oleh: Admin

Leave a comment