Belajar Daripada Internet, Tanaman Vanila’nya Kini Dieksport Ke Luar Negara

Belajar Daripada Internet, Tanaman Vanila’nya Kini Dieksport Ke Luar Negara

Temerloh: Siapa sangka, apabila kita bertanya mengenai vanila, sudah tentu ada diantara kita beranggapan tanaman ini kebanyakan berasal daripada luar negara.

Tidak kurang juga, pasti ada diantara kita yang tidak mengetahui bahawa vanila sebenarnya berasal daripada tumbuhan keluarga orkid.

Menyedari nilai komersial yang tinggi melalui tumbuhan tersebut, seorang anak muda Temerloh, Mohd. Feisal Norawi,37, telah mengambil inisiatif untuk menanamnya sebagai punca pendapatan sejak tahun 2008 yang lalu.

Kini, beliau menyasarkan untuk menanam sebanyak 4,000 pokok dan telah berjaya menanam kira-kira 2,500 pokok vanila di kawasan tanah seluas hampir 0.8 hektar secara konvensional di Kampung Bangau Parit.

YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang ketika melakukan tinjauan di Ladang Vanila Temerloh

Berkongsi pengalaman mula mengusahakan tanaman berkenaan, Feisal berkata, beliau menerima biji benih vanila daripada seorang rakan lamanya.

“Saya hanya bergantung maklumat yang diperolehi daripada Internet untuk memulakan proses penanaman tanpa pergi ke mana-mana kursus,” katanya.

Setiap sekilogram vanilla yang berkualiti tinggi mampu mencecah harga sehingga RM1800 dan kini vanila’nya sudah berjaya dieksport ke Asia Barat, Singapura, United Kingdom (UK) dan Jerman malah turut mendapat permintaan di Amerika Syarikat (AS).

Tidak hairanlah jika harganya boleh mencecah ribuan ringgit kerana penanaman tumbuhan ini yang agat rumit kerana bunganya hanya mekar satu hari dan proses pencantuman mestilah dilakukan sebelum jam 12 tengah hari. Hasil dapat dilihat pada keesokan harinya pula.

Jika berjaya, tumbuhan ini mengambil masa selama lapan bulan untuk menjadi buah sebelum boleh dituai. Selepas itu, buah berkenaan akan melalui proses pengeringan pada cuaca panas selama satu bulan sebelum boleh dijual.

Oleh: A

One Reply to “Belajar Daripada Internet, Tanaman Vanila’nya Kini Dieksport Ke Luar Negara”

Leave a comment