All Blog Posts

PRK Cameron Highlands: BN Pahang Perkemas Gerak Kerja

PRK Cameron Highlands: BN Pahang Perkemas Gerak Kerja

KUANTAN 19 Dis. – Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands pada 26 Januari ini.

Pengerusi BN negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, persediaan itu dibuat sejurus selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan kemenangan calon BN, Datuk C. Sivarraajh bagi kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah terbatal.

“Dengan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini, jentera kita diperkemaskan lagi kesiapsagaannya,” katanya, di sini hari ini.

SPR menetapkan 26 Januari ini sebagai hari pengundian bagi PRK Parlimen Cameron Highlands.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun dilaporkan berkata, mesyuarat khas yang diadakan oleh suruhanjaya itu hari ini juga menetapkan 12 Januari ini sebagai hari penamaan calon.


Oleh: Mohd. Shariza Abdullah | Sumber: Utusan Online

PRK Cameron Highlands 26 Januari 2019

PRK Cameron Highlands 26 Januari 2019

Putrajaya, 19 Disember – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Januari 2019 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk kerusi Parlimen Cameron Highlands, Pahang.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata,  pihaknya menetapkan hari penamaan calon bagi PRK itu pada 12 Januari manakala hari pengundian awal pada 22 Januari.


Menurutnya, sebanyak 32,009 pemilih layak mengundi bagi PRK itu mengikut daftar pemilih sehingga suku ketiga 2018 yang telah dikemas kini pada November lalu.

“Tempoh berkempen yang ditetapkan adalah selama 14 hari bermula pada hari penamaan calon sehingga pukul 11.59 malam, 25 Januari 2019,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas PRK Parlimen Cameron Highlands di sini hari ini.

Isnin lalu, Kosmo! Online melaporkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof mengesahkan kerusi Parlimen Cameron Highlands adalah kosong dan PRK bagi kawasan itu akan diadakan dalam masa terdekat.

Pengesahan itu dibuat selepas Mohamad Ariff menerima makluman daripada SPR bahawa penyandang sebelum ini, Datuk C. Sivarraajh gagal mengemukakan rayuan kepada Hakim Mahkamah Pilihan Raya dalam tempoh yang ditetapkan.

Pada 30 November lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan kemenangan Sivarraajh bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah terbatal dan tidak sah ekoran berlakunya amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

Pada PRU-14, Sivarraajh yang juga merupakan Naib Presiden MIC menang di kerusi Parlimen Cameron Highlands yang melibatkan saingan lima penjuru dengan majoriti 597 undi.

Sivarraajh memperoleh 10,307 undi menewaskan Manogaran dari PKR yang memperoleh 9,710 undi; Wan Mahadir Wan Mahmud dari PAS (3,587 undi); Mohd. Tahir Kassim dari Berjasa (81 undi) dan B. Suresh Kumar dari Parti Sosialis Malaysia (680 undi).

 

Oleh: Nor Idayu Bosro | Sumber: http://www.kosmo.com.my/terkini/prk-cameron-highlands-26-januari-2019

 

Masjid Temerloh Jaya Adakan Solat Jenazah Ghaib Untuk Adib

Masjid Temerloh Jaya Adakan Solat Jenazah Ghaib Untuk Adib

TEMERLOH – Pengurusan Masjid Taman Temerloh Jaya turut tidak ketinggalan menganjurkan solat jenazah ghaib malam tadi bagi wira negara, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24.

Timbalan Pengerusi masjid itu, Ramizul Amin Ishak berkata, pemergian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) itu satu berita mengejutkan dan kehilangan buat negara.

Menurutnya, ia satu tragedi menyedihkan dan sangat menyentuh hati semua rakyat Malaysia.

“Bagi pihak seluruh jemaah masjid, kami ingin menyampaikan rasa simpati dan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Muhammad Adib selain mendoakan Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang soleh.

“Dan kami berharap seluruh ahli keluarga Allahyarham bersabar di atas dugaan dan ujian yang dihadapi,” katanya lagi.

Solat terbabit diadakan sebelum Isyak dan dipimpin oleh Ramizul sendiri.

Allahyarham Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.41 malam semalam selepas menerima rawatan selama 20 hari di Institut Jantung Negara (IJN).

Allahyarham mengalami kecederaan parah dalam kejadian rusuh di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, USJ25, Subang Jaya pada 27 November lalu.

 

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/3077

 

 

Kerjasama demi kemakmuran negeri

Kerjasama demi kemakmuran negeri


Bilik Kunjungan Hormat, Wisma Sri Pahang, 18 Disember – Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy menerima baik kunjungan daripada ADUN Pas.

Antara yang turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah YB Abdul Jabar Rosli, YB Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin, YB Tuan Haji Zaridan Mohd Daud, YB Shahril Azman Abd Halim dan beberapa lagi rombongan lain.

Kehadiran ADUN Pas tersebut adalah bertujuan untuk memberi pandangan, idea dan menyatakan sokongan terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri.

Menerusi laman sosial facebook Dato’ Sri Haji Wan Rosdy, beliau menyeru “Demi kemakmuran Negeri Pahang, marilah kita bersama-sama bersatu dan bekerjasama tanpa mengira latar belakang dan pegangan politik.”

Dollah Tak Minat Pemain Tempatan Baru

Dollah Tak Minat Pemain Tempatan Baru

Dollah Salleh

Kuantan, 18 Disember – Pengendali Pahang, Dollah Salleh mengesahkan tiada pemain luar tempatan akan menyarung jersi skuad itu bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, beliau masih percaya dengan prestasi dan komitmen pemain tempatan yang beraksi bersama skuad Tok Gajah musim ini.  “Saya boleh sahkan tiada pemain luar tempatan akan bersama Tok Gajah musim 2019 kerana pemain sedia ada mampu memberikan sumbangan. Sebaliknya, dua pemain Piala Presiden Pahang musim ini menyertai Pahang yang dilihat memberi mereka peluang untuk membantu pasukan senior.

“Oleh itu, saya mengharapkan semua pemain dapat mempamerkan prestasi terbaik mereka dalam memburu kejuaraan,” katanya.

Dollah berkata, tumpuannya adalah untuk menyenaraikan pemain import selepas skuad itu melepaskan tiga pemain import iaitu Patrick Cruz, Austin Amutu dan Issey Nakajima.

Katanya, setakat ini, posisi penyerang dan tengah menjadi pilihan dalam usaha memperkasakan jentera serangan.

“Pilihan hanya dua iaitu pemain import yang beraksi di posisi serangan dan tengah tetapi saya tidak menolak kemungkinan menyenaraikan pertahanan import,” katanya.

Musim ini, skuad Tok Gajah menjulang Piala FA dan menduduki tangga keempat Liga Super manakala terkandas di suku akhir Piala Malaysia.

 

Oleh: Asrol Awang | Sumber: https:Berita Harian

Kerajaan Negeri teruskan pendekatan ‘People-Centric’nya

Kerajaan Negeri teruskan pendekatan ‘People-Centric’nya


Wisma Sri Pahang, Kuantan, 17 Disember – Kerajaan Negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) sekali lagi menyatakan penekanannya kepada pendekatan yang memusat atau mengutamakan rakyat atau ‘people-centric’ dalam mentadbir negeri ini.

“Sejak hari pertama lagi saya dilantik (sebagai Menteri Besar) pada 15 Mei 2018, saya telah menekankan bahawa penting bagi Kerajaan ini untuk menjadi Kerajaan yang memberi fokus kepada pencapaian yang menjurus kepada pendekatan berpusatkan rakyat ‘people-centric’, ” ucapan Dato’ Sri Haji Wan Rosdy di hadapan penjawat awam yang hadir di program Perhimpunan Pagi YAB Menteri Besar Bersama Penjawat Awam awal pagi hari ini.

Beliau turut menasihati para penjawat awam supaya sedar akan peranan dan tanggungjawab yang mereka perlu mereka laksanakan.


“Tuan-tuan dan puan-puan selaku penjawat awam, perlu sedar bahawa peranan dan tanggungjawab yang tuan-tuan dan puan-puan laksana dan tunaikan begitu penting kepada kelangsungan dan kejayaan Kerajaan ini.

“Sebagai ketua kerajaan negeri, saya mempunyai harapan yang sangat tinggi untuk melihat kerajaan negeri yang ada pada hari ini, mampu menjadi kerajaan yang berjaya, berkesan, dan memuaskan hati rakyat,” katanya.

Sumber: Khabarpahang





 

Penjawat Awam Terima Bantuan Khas RM 500

Penjawat Awam Terima Bantuan Khas RM 500

MB Pahang sempat bersua foto bersama penjawat awam setelah perhimpunan selesai


Kuantan, 17 Disember – Pengumaman mengenai bantuan khas telah diumumkan oleh Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail ketika ucapannya di Perhimpunan Bersama Penjawat Awam di Dewan SUK, Wisma Sri Pahang.

“Seperti yang telah saya umumkan dalam ucapan Bajet Negeri Pahang 2019 di Dewan Negeri Tempoh hari – sebagai menghargai jasa dan pengorbanan semua pegawai dan kakitangan awam Negeri Pahang, pemberian bantuan khas sebanyak RM 500 kepada semua penjawat awam Gred 54 dan ke bawah.

“Saya difahamkan, bayaran ini akan dibuat bermulai hari esok, Selasa, 18 Disember 2018. Gunalah wang tersebut untuk tujan kebaikan seperti membeli persiapan persekolohan anak dan lain-lain,” kata beliau.

 

Sokongan ADUN, Ahli Parlimen UMNO Masih Kuat Di Pahang

Sokongan ADUN, Ahli Parlimen UMNO Masih Kuat Di Pahang

Dato’ Sri Haji Wan Rosdy

KUANTAN 17 Dis. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli Parlimen UMNO serta Barisan Nasional (BN) di negeri ini masih memberi sokongan kuat terhadap parti berkenaan.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau yakin mereka tetap dengan UMNO dan BN walaupun dikatakan terdapat usaha untuk ‘membeli’ mereka.

Bagaimanapun kata beliau, pihaknya akan mengambil perhatian terhadap pandangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan ada gerakan berkenaan.

“Kita ambil perhatian dan saya yakin ADUN dan ahli Parlimen (di Pahang) masih memberi sokongan yang kuat terhadap BN serta UMNO,” katanya ketika ditemui pemberita pada Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam negeri di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri ditanya

kenyataan Ahmad Zahid semalam bahawa telah gerakan untuk membeli ahli Parlimen dan ADUN Pahang untuk berpaling tadah seterusnya menjatuhkan pentadbiran BN di negeri ini.

Beliau dilaporkan berkata, telah ada gunting dalam lipatan yang mengugut dan memujuk ahli Parlimen dan ADUN agar kerajaan BN Pahang tumbang. – UTUSAN ONLINE

Oleh: Sharifah Hazirah Syed Jufferi | Sumber: Utusan

Mangsa banjir diminta mendengar arahan untuk berpindah

Mangsa banjir diminta mendengar arahan untuk berpindah


Kuantan, 14 Disember – Seramai 56 keluarga tiga buah kampung di Kuantan, dipindahkan ke pusat pemindahan banjir setelah kediaman mereka dinaiki air kerana hujan lebat yang berlarutan sejak siang semalam.

Setakat ini,sebanyak  tiga (3) buah pusat pemindahan banjir telah dibuka iaitu di SK Cherating, SK Sg. Ular dan SK Sg. Karang.

Ketika lawatan Menteri Besar, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy ke pusat pemindahan banjir di SK Cherating, beliau telah menasihati kepada orang ramai untuk berpindah apabila mendapat arahan.

“Saya minta mereka mendengar arahanlah. Sekiranya diarahkan untuk berpindah, mereka kene berpindah,” nasihat beliau ketika ditemuramah wartawan.

“Kita tidak boleh berkompromi sebab ini melibatkan masalah nyawa dan keselamatan. Sekiranya berlaku apa-apa, tidak pindah; usaha-usaha menyelamat menjadi amat sukar. Jadi, lebih baik patuh kepada arahan,” katanya lagi.

Menteri besar turut menzahirkan ucapan tahniah kepada NADMA (National Disaster Management Agency) kerana bertanggungjawab dalam menguruskan mangsa banjir disamping memberi bantuan sepatutnya.



 

Sukarelawan Tunas Warisan (STW) Platform Untuk Belia Pahang

Sukarelawan Tunas Warisan (STW) Platform Untuk Belia Pahang

Kuantan, 24 November – Sebuah program khas untuk belia di Negeri Pahang telah ditubuhkan dan hari ini, ia telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail di Kolej Islam Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), Kuantan.

Program yang dinamakan Sukarelawan Tunas Warisan (STW) ini adalah cetusan idea daripada Menteri Besar Pahang sendiri dan misinya adalah sebagai ‘platform’ untuk golongan belia Negeri Pahang untuk bergiat aktif dalam kesukarelaan.

Dalam masa yang sama, ia juga dilihat sebagai sebuah program yang akan membentuk generasi muda untuk menyayangi negerinya.

STW turut mensasarkan keanggotaan ahli daripada golongan belia yang berumur antara 13 hingga 40 tahun.

Setiap program yang dijalankan dibawah kelolaan STW mempunyai enam teras iaitu alam sekitar, pendidikan, sosio ekonomi, sukan dan rekriasi, bencana dan kesukarelaan, serta keusahawanan.