COVID-19: KERAJAAN PAHANG MULA SALUR BANTUAN DI ROMPIN

COVID-19: KERAJAAN PAHANG MULA SALUR BANTUAN DI ROMPIN

ROMPIN, 31 MAC 2020: – Agihan Bantuan Kerajaan Negeri Pahang kepada Peniaga Kecil, Penjaja, dan Pemandu Teksi yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 di daerah Rompin telah bermula dilaksanakan secara berperingkat mulai 24 Mac lalu.

Agihan berbentuk keperluan harian bernilai RM50 dan wang tunai sebanyak RM150 telah disampaikan menerusi Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang merangkap ADUN Tioman, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain; ADUN Muadzam Shah YB. Encik Ir. Razali Kassim; Encik Hamidun Hassan mewakili YB. ADUN Bukit Ibam di kawasan Kuala Rompin, Muadzam Shah serta Bukit Ibam.

Turut serta mengagihkan bantuan adalah Yang Dipertua Majlis Daerah Rompin, Tuan Ahmad Nasim Dato’ Haji Mohd Sidek.

Semoga dengan inisiatif yang diberikan Kerajaan Negeri Pahang ini dapat membantu meringankan beban rakyat yang terjejas akibat penularan Wabak Covid-19 ini.

Patuhi saranan pencegahan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bersama kita memberikan kerjasama dengan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan duduk di rumah agar Negeri Pahang bebas daripada cengkaman wabak ini.

Leave a comment