DUN Pahang | 36,677 unit PRIMA Pahang diluluskan

DUN Pahang | 36,677 unit PRIMA Pahang diluluskan

DUN Pahang | Sebanyak 122 projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) telah diluluskan di Negeri Pahang dengan jumlah 36,677 buah rumah.

Menerangkan dengan lebih lanjut, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan, YB Encik Abd. Rahim Bin Muda berkata sehingga kini, sebanyak 14 buah projek telah berjaya disiapkan dengan jumlah 3,352 buah rumah.

Manakala 15 projek termasuk fasa sambungan dalam pembinaan dengan jumlah sebanyak 3,675 buah rumah.

Berikut adalah senarai projek-projek PR1MA mengikut daerah di Negeri Pahang:

“Harga bagi rumah PR1MA Pahang ditetapkan ialah RM150,000 bagi rumah berkembar dengan keluasan binaan ialah 1,000 kaki persegi dan keluasan tanah ialah 2,800 kaki persegi.

Bagi setiap lebihan lot, akan dikenakan bayaran sebanyak RM140.00 sekaki persegi,” kata YB Encik Abd. Rahim ketika menjawab soalan dari ADUN Teruntum, YB. Encik Sim Chon Siang.

Seramai 11,089 orang telah menerima tawaran untuk memilik rumah PR1MA Pahang sehingga Disember 2018.

PRIMA pahang di daerah Kuantan

Oleh: Admin

 

Leave a comment