DUN PAHANG: 5,065 PELUANG PEKERJAAN MELALUI PELABURAN SINGAPURA DAN CHINA

DUN PAHANG: 5,065 PELUANG PEKERJAAN MELALUI PELABURAN SINGAPURA DAN CHINA

DUN Pahang | 21 Nov- Sebanyak 5,065 peluang pekerjaan akan disediakan setelah termetarainya Memorendun Perjanjian Persahaman (MoU) antara Kerajaan Negeri Pahang bersama 17 syarikat daripada Singapura dan China.

Demikian rumusan daripada jawapan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail kepada pertanyaan Adun Kawasan Cheka, Encik Lee Ah Wong pada sesi pertanyaa lisan yang berlangsung pada pagi ini di Dewan Negeri, Wisma Sri Persekutuan.

Daripada 17 syarikat tersebut, antara syarikat-syarikat Singapura yang terlibat dalam pelbagai sektor antaranya bekalan air, perindustrian, pertanian, industri solar dan penternakan.

Manakala 6 lagi syarikat daripada China terlibat dalam sektor perkilangan dan tenaga boleh baharu.

Antara daerah yang akan terlibat setelah perjanjian ini termasuklah Rompin, Kuantan, Gebeng, Pekan, Tioman dan beberapa lagi daerah lain.

Melalui Mou bersama syarikat daripada Singupura, nilai pelaburan yang telah berjaya Kerajaan Negeri perolehi adalah berjumlah RM 1.134 bilion dan RM 1.1386 bilion lagi MoU bersama syarikat daripada China.

 

Oleh: Admin

 

Leave a comment