DUN Pahang | Cadangan Rakyat Inisiatif baharu Kerajaan Negeri

DUN Pahang | Cadangan Rakyat Inisiatif baharu Kerajaan Negeri

DUN Pahang | Kerajaan Negeri akan sentiasa melaksanakan pelbagai inisiatif demi kesejahteraan rakyat, kata YAB Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail ketika sesi soal jawab di Dewan Undangan Negeri Pahang pagi ini.

Beliau menjawab persoalan oleh ADUN Padang Tengku mengenai apakah pencapaian dan inisiatif-inisiatf yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri selepas daripada PRU – 14.

Pengenalan cadangan.wanrosdy.com

YAB Dato’ Sri Wan Rosdy menyatakan beliau telah melancarkan saluran cadangan.wanrosdy.com yang akan menjadi satu platform untuk semua lapisan masyarakat untuk memberi sebarang cadangan, idea dan juga pandangan terus kepada Menteri Besar Pahang.

“Kita perlu juga mengambil pendekatan “bottom-up” dengan mengambil pandangan, idea atau cadangan daripada rakyat.” ujar beliau.

Namun begitu, Dato’ Sri Wan Rosdy juga menegaskan bukan semua cadangan atau pandangan yang boleh diterima, ini kerana ada sesetengah cadangan memerlukan penelitian dan dana yang banyak. Mahupun begitu, beliau amat mengalakkan sebarang idea dan cadangan untuk dilontar kepada portal rasmi tersebut.

Penubuhan Pahang Corporation

Mengulas lebih lanjut, Kerajaan negeri telah menubuhkan Pahang Corporation sebagai satu langkah strategik untuk penstrukturan dan mengawal selia prestasi serta perkembangan S-GLC.

Jelas beliau, dengan meletakaan S-GLC ini dibawah satu bumbung, ia dapat memudahkan kerajaan negeri memantau prestasi berdasarkan KPI yang ditetapkan di samping memberi khidmat nasihat kepada S-GLC untuk membuat pelaburan yang betul dengan pulangan yang menjanjikan keuntungan.

Penubuhan Pahang Go 

Selain itu, negeri pahang juga tidak mahu ketinggalan dalam perkembangan ICT terutama dalam era revolusi perindustrian 4.0. “Selaras dengan itu, Pahang Go ditubuhkan bagi meneroka bidang baru dalam perkembangan ekonomi digital dan aplikasi dalam talian terutama dalam perkhidmatan kerajaan”

“Pahang Go berperanan sebagai one stop center kepada aplikasi perkhidmatan digital online seperti sistem e-parkir, aplikasi pembayaran hasil kerajaan, pembayaran kompaun, kutipan caj utiliti, sistem aduan rakyat dan sebagainya” ujar Dato’ Sri Wan Rosdy ketika sesi DUN Pahang pagi ini.

 

 

One Reply to “DUN Pahang | Cadangan Rakyat Inisiatif baharu Kerajaan Negeri”

Leave a comment