DUN Pahang | Golongan Belia Terus Diberi Perhatian

DUN Pahang | Golongan Belia Terus Diberi Perhatian

Dun Pahang| Pihak Kerajaan Negeri akan terus memberi perhatian mengenai permasalahan golongan belia melalui pelbagai bantuan supaya golongan ini sentiasa bersedia dalam arus pembangunan di negara dan negeri.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan, YB Dato’ Haji Mohd Johari Bin Haji Hussain, peruntukan oleh Kerajaan Persekutuan dalam RMKe-11 bagi Pembangunan Belia sebanyak RM8.65 juta telah diagihkan melalui Pahang Skills Development Centre, Pahang.

Katanya lagi, pembangunan belia perlu dibangunkan melalui pengembangan ilmu bagi memantapkan jati diri dan kempimpinan golongan ini.

Dengan pemantapan ilmu, golongan ini diharap akan lebih berdaya saing untuk menghadapi arus pembangunan di era globalisasi ini.

Bantuan yang diberikan oleh kerajaan dalam membangunkan belia adalah melalui pelaksanaan latihan-latihan kepada para belia daripada pelbagai agensi,” kata Dato’ Haji Mohd Johari dalam sidang DUN Pahang semalam.

Kerajaan Negeri Pahang menyediakan pelbagai latihan kemahiran kepada golongan belia antaranya latihan dalam bidang pembuatan, kemahiran, keusahawanan dan pelbagai lagi.

Kerajaan Negeri dan agensi-agensi lain seperti MARA, TEKUN, SME Bank dan sebagainya turut menawarkan insentif kepada golongan belia bagi membolehkan mereka mengembangkan bakat keusahawanan mereka selepas tamat pengajian.

Tambahan pula, Akedemi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah dijadikan pusat latihan bagi membangunkan usahawan di seluruh negara bermula dari permulaan produk sehingga ke pemasaran produk.

Selain dari kursus-kurus keusahawanan seperti Digital Online Business dan Pengurusan Kewangan, akademi tersebut turut manawarkan kursus berkaitan pertanian seperti Kursus Ternakan Ikan Air Tawar, Kursus Fertigasi dan sebagainya,

Oleh itu, apa yang perlu adalah golongan ini perlu merebut peluang yang telah disediakan bagi memajukan diri mereka,” kata Dato’ Johari bagi mengakhiri ucapan soal jawab di sidang Dun Pahang.

 

 

 

 

Leave a comment