DUN Pahang | Penstrukturan semula bekalan air melupuskan sebahagian Hutang Kerajaan Negeri

DUN Pahang | Penstrukturan semula bekalan air melupuskan sebahagian Hutang Kerajaan Negeri

DUN Pahang | Hutang bekalan air kerajaan negeri sebanyak RM 2.1 billion akan distrukturkan semula melalui Penstrukturan Semua Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Pahang kata YAB Dato’ Sri Wan Rosdy ketika menjawab persoalan yang dikemukan oleh ADUN Ketari, YB Young.

YB Young bertanyakan apakah maklumat terkini langkah penstrukturan hutang kerajaan Negeri dan adakah hutang-hutang ini akan dilupus terus atau ditukar kepada pajakan terutamanya yang berkait dengan aset bekalan air.

Menteri Besar Pahang menjelaskan bahawa kaedah penstrukturan ini adalah tertakluk kepada terma-terma tawaran daripada kerajaan persekutuan serta rundingan bersama. Akan tetapi kerajaan negeri masih belum menerima tawaran ini daripada kerajaan persekutuan.

Jelas beliau lagi, kerajaan negeri telah mengemukakan permohonan untuk hapus kira pinjaman bagi projek bekalan air luar bandar sebanyak 60% iaitu RM 1.2 billion daripada jumlah pinjaman semasa kepada YAB Perdana Menteri melalui surat bertarikh 25 Oktober 2018.

“Baki pinjaman kerajaan negeri yang tidak dihapus kira akan diambil alih oleh Perbadanan Aset Air Berhad ( PAAB ).Sebagai balasanya kerajaan negeri perlu memindah milik aset tak alih yang nilainya bersamaan dengan jumlah pinjaman yang diambil alih oleh PAAB bagi tempoh 45 tahun” ujar Menteri Besar Pahang.

Selain itu, Menteri Besar Pahang juga menjelaskan bahawa kerajaan persekutuan mempunyai hutang dengan kerajaan negeri iaitu daripada penganjuran sukma 2012 berjumlah RM 200 juta dan semasa banjir yang melanda negeri Pahang pada 2014 di mana kerajaan negeri telah membelanjakan RM40 juta.

Oleh Admin

 

Leave a comment