DUN PAHANG | Permohonan Persijilan myGAP Kini Dipercepatkan

DUN PAHANG | Permohonan Persijilan myGAP Kini Dipercepatkan

Dun Pahang, 19 Nov – Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Pertanian telah menambah baik aliran permohonan persijilan Skim Amalan Pertanian Baik (myGAP) yang sedia ada kepada Ezi myGAP di mana proses permohonan dipercepatkan daripada 2 tahun kepada 3 bulan sahaja.

Persijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian untuk mengiktiraf ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) iaitu berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk berkualiti, selamat dan sesuai dimakan.

Demikian seperti yang diperkatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Bioteknologi, YB Dato’ Sri Ir Hj Mohd Soffi Bin Tan Sri Razak.

Bagi mengulas jawapan daripada soalan Adun Kawasan Tanah Rata, YB Encik Chiong Yoke Kong, beliau menjelaskan pihak Kerajaan Negeri sedang dalam proses pengambilan 20 orang Penolong Pegawai Pertanian Gred G29 secara kontrak untuk menampung dan meningkatkan kebersanan akreditasi  di negeri Pahang khususnya di Cameron Highlands.

”Persijilan myGAP diterima di peringkat antarabangsa dan memudahkan produk atau hasil keluaran Malaysia menembusi pasaran di luar negara” katanya lagi.

 

Oleh: Admin

Leave a comment