DUN Pahang | Projek Lembangan Bersepadu Sungai Kuantan bagi menangani masalah banjir

DUN Pahang | Projek Lembangan Bersepadu Sungai Kuantan bagi menangani masalah banjir

DUN Pahang | Kerajaan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran merancang untuk menaik taraf saliran utama di kawasan sekitar Cenderawasih di bawah Projek Lembangan Bersepadu Sungai Kuantan. Projek ini bertujuan untuk mengurangkan kejadian banjir yang mana pada masa ini masih di peringkat pembinaan dan reka bentuk kata YB Encik Rahim Muda, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Beliau menjawab persoalan ADUN Semambu mengenai, apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menaik taraf longkang atau sistem perparitan yang rosak serta tidak lagi mampu untuk menampung pengunaan air yang semakin banyak terutama di kawasan Indera Mahkota 1 dan kawasan perumahan lain.

YB Encik Rahim Muda menjelaskan, kini terdapat empat projek di bawah Projek Lembangan Sungai Bersepadu ( PLSB ) Sungai Kuantan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan Negeri, pertama adalah Projek menaik taraf Sungai Belat dan membina struktur pencegah banjir.

Kedua, projek pembinaan Ban Pencegah Banjir Sungai Pandan dan Sungai Kuantan di Bukit Rangin, seterusnya adalah Projek pembinaan Pencegah Banjir Sungai Kuantan di kawasan Kampung Cenderawasih dan mempertingkatkan ban sedia ada di Kampung Sungai Isap.

Akhir sekali adalah Projek mendalamkan Sungai Kuantan dari muara sungai hinggga ke Empangan Kobat dan kerja-kerja berkaitan.

Beliau juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada ADUN Semambu atas keprihatin membawa isu ini ke dalam dewan dan turut memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri akan melakukan yang terbaik demi kesejahteraan penduduk di sekitar Kuantan.

Oleh Admin.

Leave a comment