DUN Pahang | RM17.1 Billion Tuntutan Pampasan Kerajaan Negeri Pada Persekutuan

DUN Pahang | RM17.1 Billion Tuntutan Pampasan Kerajaan Negeri Pada Persekutuan

DUN Pahang| Kerajaan Negeri becadang untuk mengemukakan permohanan pampasan kepada Kerajaan Pusat bagi kawasan hutan rizab hidupan liar yang telah digunakan sebagai kawasan tadahan air.

Bagi menjelaskan perkara tersebut, Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail berkata jumlah keseluruhan bagi kos melepas yang terpaksa Kerajaan Negeri Lepaskan adalah sebanyak RM17.1 billion yang melibatkan hampir satu juta hektar kawasan hutan rizab hidupan liar.

Daripada jumlah tersebut, RM16.4 billion adalah kos melepas bagi kawasan hutan simpan dan hutan rizap hidupan liar yang digunakan sebagai kawasan tadahan air manakala RM692 juta adalah kos melepas bagi kawasan Empangan Kelau.

“ Dan begitu juga bagi kawasan Empangan Klau yang mana Kerajaan Negeri Pahang kerugian daripada segi hasil pembalakan, mineral, premium dan cukai tanah lebih kurang 23,000 hektar.

“Jadi jumlah keseluharannya ialah RM17.1 billion. Ini kos melepas yang terpaksa Kerajaan Negeri lepaskan demi untuk mesejahterakan rakyat di luar dari Negeri Pahang,” kata beliau ketika menjawab soalan daripada ADUN Ketari, Young Syefura Othman.

Menteri Besar Pahang turut berkata pihaknya aan berjumpa dengan Kerajaan Persekutuan bagi memohan supaya hutan sebanyak RM3.17 billion sebelum ini ditolak daripada hutang  RM17.1 billion ini.

Oleh: Admin

 

 

Leave a comment