DUN Pahang | RM309,615 kutipan fi kemasukan ke Mossy Forest

DUN Pahang | RM309,615 kutipan fi kemasukan ke Mossy Forest

DUN Pahang | Sehingga akhir Jun 2019, kerajaan Negeri telah berjaya menjana kutipan hasil daripada fi kemasukan ke Mossy Forest sebanyak RM309,615 ribu.

Daripada jumlah tersebut, purata kehadiran pengunjung bulan adalah seramai 4,699 orang untuk setiap bulan dan purata kutipada dalah RM77,403.75.

Pelancong asing ketegori dewasa merupakan penyumbang utama kepda hasil kutipan ini dengan jumlah RM190,410 ribu manakala kehadiran terbanyak adalah pelancong tempatan dalam kategori dewasa yang mencatat jumlah sebanyak 10,547 orang.

Demikian seperti yang diperkatakan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy yang turu merupakan ADUN kawasan Jelai ketika menjawab soalan pertama daripada ADUN kawasan Tanah Rata, Encik Ching Yoke Kong pada sidan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, pagi ini.

Bagi soalan kedua, Ching Yoke bertanyakan langkah pihak kerajaan untuk menaiktaraf kemudahan atau fasiliti di Mossy Forest.

Menjawab soalan tersebut, Wan Rosdy menjelaskan bahawa pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang sedang mengkaji kesesuaian untuk memanjangkan boardwalk ke arah Gunung Irau bagi mengelakkan hakisan dan mampatan tanah yang disebabkan oleh pendaki.

Selain itu, pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang turut bekerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam merangka satu Pelan Induk Pembangunan Taman Eko-Rimba Mossy Forest yang antara objektifnya untuk menghasilkan produk ekopelancongan yang unik serta berdaya maju.

Oleh: Admin

Leave a comment