DUN PAHANG: RM744 JUTA KUTIPAN HASIL NEGERI PAHANG DIJANGKA BAGI 2020

DUN PAHANG: RM744 JUTA KUTIPAN HASIL NEGERI PAHANG DIJANGKA BAGI 2020

KUANTAN 18 NOVEMBER 2019: Kerajaan Negeri Pahang dijangka mengutip hasil sebanyak RM744.02 juta pada tahun hadapan iaitu peningkatan sebanyak 5.71 peratus berbanding anggaran pada tahun ini.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peningkatan sebanyak RM40.22 juta ini dijangka diperoleh daripada beberapa sumber.

“Kutipan hasil tahun 2020 dijangka diperoleh daripada hasil tanah sebanyak RM417.79 juta, hasil perhutanan sebanyak RM165.50 juta, hasil air sebanyak RM3.77 juta, Geran Kerajaan Persekutuan sebanyak RM94.20 juta dan lain-lain hasil sebanyak RM62.76 juta.

“Belanjawan 2020 menganggarkan kutipan hasil negeri sebanyak RM744.02 juta manakala perbelanjaan mengurus dijangka sebanyak RM739.89 juta dengan lebihan sebanyak RM4.13 juta. Bagaimanapun, jumlah sebenar bergantung kepada prestasi kutipan hasil dan perbelanjaan pada 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ucapan Belanjawan Tahun 2020 Kerajaan Negeri Pahang pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Dewan Negeri Pahang Darul Makmur di sini hari ini.

Dato’ Sri Wan Rosdy berkata, hasil kutipan Kerajaan Negeri ini dijangka mengalami peningkatan melalui pelaksanaan yang lebih bersepadu bagi kutipan cukai, premium dan hasil baharu bagi hasil tanah, hasil hutan dan duti hiburan.

oleh: Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)

Leave a comment