DUN Pahang | Tindakan Tegas Hina Raja Melayu

DUN Pahang | Tindakan Tegas Hina Raja Melayu

DUN Pahang | Tindakan tegas akan diambil kepada individu atau pihak yang memuat naik status di media sosial yang menghina Yang Di-Pertuan Agong.

Penyalahgunaan media sosial yang sedang hangat berlaku di negara ini terutama sekali dalam isu yang melibatkan penghinaan terhadap institusi beraja adalah tertakluk di bawah Akta Hasutan 1948 di bawah bidang kuasa pihak PDRM.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Mohammad Fakhruddin Bin Mohd Ariff menegaskan kesalahan bagi penggunaan yang tidak wajar atas kemudahan atau perkhidmatan rangkaian akan menerima tidakan susulah oleh pihak SKMM di bawah Seksyen 233 AKM 1998.

JIka disabit kesalahan, pihak terbabit boleh didenda tidak melebihi lima RM50, 000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi atau tidak melebihi atau (1) tahun atau kedua-duanya sekali.

Penghinaan terhadap institusi Raja dan agama Islam tidak boleh dibiarkan serta dipandang enteng. Adalah wajar tindakan mengikut undang-undang diambil terhadap pihak terbabit dalam memastikan martabat institusi Raja dihormati oleh semua pihak,” titah Pemangku Raja Pahang pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-14, di Wisma Sri Pahang semalam.

Oleh: Admin

Leave a comment