Jalan-Jalan Pusing Bazar: Senarai Bazar Ramadhan Di Daerah Kuantan

Jalan-Jalan Pusing Bazar: Senarai Bazar Ramadhan Di Daerah Kuantan

 

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Berbezanya bulan Ramadhan dengan bulan-bulan yang lain adalah terdapatnya pasar malam setiap hari atau dipanggil Bazar Ramadhan.

Pada bulan inilah, para peniaga pastinya akan mengambil peluang dan menggandakan usaha untuk menambah sumber pendapatan.

Tidak kurang pula, sebagai pengguna, Ramadhan pastinya dinanti-nantikan kerana inilah masanya untuk kita merasai kenikmatan dan kelazatan makanan daripada lauk pauk hinggalah pemanis mulut yang dijual di Bazar Ramadhan.

Tambahan pula, makanan yang terdapat di bazar Ramadhan sukar didapati pada bulan lain lebih menjadikan bazar Ramadhan ini adalah istimewa di hati rakyat Malaysia.

Edisi Ramadhan Ramadhan kali ini, kami kongsikan kepada anda bazar-bazar Ramadhan yang terdapat di sekitar bandar Kuantan:

1. Mahkota Square, 243 gerai

2. Hadapan Stadium, 133 gerai

3. Jalan Haji Ahmad, 20 gerai

4. Air Putih (Hadapan RHB Bank), 30 gerai

5. Taman Tas, 84 gerai

6. Batu 6, Jalan Gambang, 40 gerai

7. Tanjung Api, 30 gerai

8. Peramu, 60 gerai

9. Kempadang, 34 gerai

10. Berjaya Permai, 20 gerai

11. Serambi Teruntum, 100 gerai

12. Hentian Gambang, 50 gerai

13. Taman Inderapura, 20 gerai

14. Taman Indera Sempurna, 45 gerai

15. Dewan Mat Kilau, 30 gerai

16. Desa Samudera, 50 gerai

17. Taman Impianku, 52 gerai

18. Indera Mahkota 5, 50 gerai

19. Hadapan Sekolah Vokasional Jalan Sg. Lembing, 30 gerai

20. Pantai Selamat Indera Mahkota, 90 gerai

21. Jaya Gading, 69 gerai

22. Mahkota Aman, 48 gerai

23. Beserah, 57 gerai

24. Balok Makmur, 55 gerai

25. Balok, 70 gerai

26. Hadapan Tunas Manja Sungai Isap, 87 gerai

27. Perkampungan Sungai Isap 2, 15 gerai

28. Hapadan Nirwana Batu 3, 30 gerai

Selamat memburu juadah berbuka!

P/s: Elakkan pembaziran. Walaupun syaitan diikat, sila kawal nafsu anda 😺.

Oleh: Admin

Leave a comment