Jambatan Kedua Tanjung Lumpur Dijangka Siap Ogos Ini

Jambatan Kedua Tanjung Lumpur Dijangka Siap Ogos Ini

Kuantan: Penduduk di sekitar kawasan Tanjung Lumpur, Kempadang dan Bandar Putra dijangka dapat menggunakan jambatan baru yang menghubungkan kawasan ini dengan bandar dan Indera Mahkota pada pertengahan Ogos ini.

Pembinaan jambatan sepanjang 451 meter merentasi Sungai Kuantan telah membabitkan peruntukan sebanyak RM161 juta dan telah mencapai kemajuan fizijak 81.03 peratus berbanding fizikal jadual 84.12 peratus.

Selain daripada dapat memendekkan masa perjalanan dari Tanjung Lumpur ke arah bandar dari 35 minit kepada 10 minit, jambatan kedua ini turut dijangka dapat melancarkan aliran trafik dan mengurangkan kebergantungan kepada jambatan Tanjung Lumpur sedia ada.

Projek ini turut dilaksanakan secara ‘Design and Build’ dan melibatkan pembinaan jalan empat (4) lorong berkembar daripada Jalan Tanjung Lumpur ke Persimpangan Jalan Tanah Putih/Pintasan Bukit Setongkol.

Sumber: Utusan Online

Oleh: Admin

 

Leave a comment