Kawasan Perindustrian Di Bandar Muadzam Shah Terus Dipertingkatkan

Kawasan Perindustrian Di Bandar Muadzam Shah Terus Dipertingkatkan

 

Kuantan, 12 November – Menerusi laman sosial ‘facebook’ MB Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail telah memberi kenyataan sokongan beliau terhadap pertumbuhan kawasan perindustrian di kawasan bandar Muadzam Shah, Rompin.

Kenyataan beliau adalah jawapan beliau bagi persoalan berbangkit di Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Pahang.

Beliau berkata, “Bagi menyokong usaha tersebut, pihak Kerajaan Negeri telah meluluskan dua ( 2 ) projek pembangunan perindustrian di kawasan Bandar Muadzam Shah seluas 26.29 ekar yang membawa masuk pelaburan berjumlah RM 40,811,833 pada tahun 2018.

Projek ini dijangka dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan di Muadzam Shah dan disamping juga dapat meningkatkan lagi ekonomi setempat.”

Beliau turut memberi kenyatan bahawa Kerajaan Negeri melalui Pelan Strategik dan Program Transformasi Ekonomi Negeri Pahang 2016-2020, menggariskan strategi memperkukuhkan sektor pembuatan.

“Sukacita juga saya katakan bahawa, Kerajaan Negeri melalui Pelan Strategik dan Program Transformasi Ekonomi Negeri Pahang 2016-2020, menggariskan strategi memperkukuhkan sektor pembuatan dengan pelbagai program serta aktiviti seperti memudahcara Projek-Projek pelaburan domestik dan asing .

Sehubungan dengan itu, peranan Agensi Hentian Setempat dalam sektor perkilangan Negeri akan dipertingkatkan dan kawasan-kawasan perindustrian akan turut diperkasakan,” katanya.

Perkara ini turu melibatkan kerjasasama agensi-agensi pelaksana seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

 

 

 

 

Leave a comment