Kelainan Upaya Bukan Halangan Untuk Berjaya

Kelainan Upaya Bukan Halangan Untuk Berjaya

Pekan, 1 Okt – Kecacatan seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU), Mohd Khairi Othman, 43 tidak menjadi halangan baginya untuk mengecapi kehidupan seperti orang lain.

Mohd Khairi bersama isterinya, Zaleha Nafis di kedai runcit miliknya.

Selain mengusahakan projek sangkar ikan patin dan tilapia, anak ke sembilan daripada sebelas adik beradik ini turut mempunyai ladang sawit dan sebuah kedai runcit yang telah diusahakannya sejak 2012.

Sejarah permulaan Mohd Khairi menjadi seorang usahawan pada tahun 1997 apabila beliau dipujuk oleh sepupunya, Abdul Rashid Nordin agar menternak ikan dalam sangkar di tepi Sungai Pahang.

Memandangkan beliau, yang memang gemarkan aktiviti memancing, kemudian bersetuju dan meminjam sebuah sangkar daripada sepupunya itu untuk menternak ikan talapia.

Berkat usaha gigihnya tanpa mengenal jemu, pada hari ini Mohd. Khairi berjaya memiliki 17 sangkar dengan ternakan ikan talapia dan patin hasil usaha gigihnya selama ini.

Kini Mohd Khairi hidup bahagia disamping isteri tercinta, Zaleha Mohd Nafis dan anak mereka, Muhammad Tasnim.

Kisah pasangan bahagia turut pernah mendapat perhatian daripada akhbar tempatan beberapa tahun dahulu.

Leave a comment