Kerajaan Negeri teruskan pendekatan ‘People-Centric’nya

Kerajaan Negeri teruskan pendekatan ‘People-Centric’nya


Wisma Sri Pahang, Kuantan, 17 Disember – Kerajaan Negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) sekali lagi menyatakan penekanannya kepada pendekatan yang memusat atau mengutamakan rakyat atau ‘people-centric’ dalam mentadbir negeri ini.

“Sejak hari pertama lagi saya dilantik (sebagai Menteri Besar) pada 15 Mei 2018, saya telah menekankan bahawa penting bagi Kerajaan ini untuk menjadi Kerajaan yang memberi fokus kepada pencapaian yang menjurus kepada pendekatan berpusatkan rakyat ‘people-centric’, ” ucapan Dato’ Sri Haji Wan Rosdy di hadapan penjawat awam yang hadir di program Perhimpunan Pagi YAB Menteri Besar Bersama Penjawat Awam awal pagi hari ini.

Beliau turut menasihati para penjawat awam supaya sedar akan peranan dan tanggungjawab yang mereka perlu mereka laksanakan.


“Tuan-tuan dan puan-puan selaku penjawat awam, perlu sedar bahawa peranan dan tanggungjawab yang tuan-tuan dan puan-puan laksana dan tunaikan begitu penting kepada kelangsungan dan kejayaan Kerajaan ini.

“Sebagai ketua kerajaan negeri, saya mempunyai harapan yang sangat tinggi untuk melihat kerajaan negeri yang ada pada hari ini, mampu menjadi kerajaan yang berjaya, berkesan, dan memuaskan hati rakyat,” katanya.

Sumber: Khabarpahang





 

Leave a comment