Kesesakan Lalu Lintas Di Cameron Highlands Akan Ditangani Oleh Kerajaan Negeri

Kesesakan Lalu Lintas Di Cameron Highlands Akan Ditangani Oleh Kerajaan Negeri

Gambar sekadar hiasan

Kuantan, 12 November – Melalui kajian yang telah dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) pada Ogos 2017 lalu, kesesakan yang berlaku di Cameron Highlands terutama pada musim perayaan , cuti sekolah dan pada hujung minggu pada waktu siang dan di lokasi Brinchang, Tanah Rata dan Kea Farm ianya adalah disebabkan terdapat ramai tumpuan pelancong terutamanya di Kea Farm.

Sehubungan dengan itu, terdapat sebanyak dua cadangan kertas kerja yang telah disediakan oleh JKR untuk menangani masalah kesesakan di atas.

Cadangan Projek yang pertama ialah dengan  menaik taraf jalan dari jalan kembar dua lorong kepada jalan kembar tiga lorong  Laluan Persekutuan , Tapah-Cameron Highlands. Cadangan projek ini melibatkan kerja perlebaran di lokasi Kea Farm, iaitu masing-masing dari arah Hotel Copthorne dan S’Corner menuju ke Kea Farm.

Bagi cadangan projek yang kedua, ianya merupakan cadangan naik taraf jalan untuk melancarkan trafik di Laluan Tapah-Cameron Highlands dengan Simpang-simpang Jalan Langgak Mercu, Jalan Tengkolok , Jalan Persiaran Dayang Endah dan Jalan Masjid di Tanah Rata, Cameron Highlands.

Cadangan projek ini melibatkan kerja-kerja naik taraf simpang-simpang yang terdapat di Laluan Persukutan , kawasan Tanah Rata melalui langkah-langkah seperti cadangan menutupi simpang yang kurang pengguna (low vechicle volume) serta membina laluan baru untuk  akses pengguna ke simpang lain yang sedia ada.

Kedua-dua kertas cadangan ini telah dikemukan ke jabatan berwajib dan ianya dalam proses pertimbangan sebelum diluluskan.

Selain daripada itu, pihak PDRM, RELA, Majlis Daerah Cameron Highlands (MCDH) turut sentiasa membantu bagi mengatasi masalah kesesakan ini dalam jangka masa pendek.

 

Leave a comment