Ketegasan Kerajaan Negeri Menangani Penerokaan Tanah Secara Haram Di Cameron Highlands

Ketegasan Kerajaan Negeri Menangani Penerokaan Tanah Secara Haram Di Cameron Highlands

Kuantan, 12 November – Kerajaan Negeri amat bertolak ansur terhadap pekebun-pekebun kecil yang matlamat mereka sekadar mencari nafkah untuk menangung kehidupan keluarga masing-masing.

Namun begitu, Kerajaan Persekutuan telahpun bersetuju meneruskan kembali OPS Gading.

Ia telah dizahirkan sendiri oleh MB Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy di dalam laman sosial ‘facebook’ beliau bagi menjawab persoalan di Dewan Undangan Negeri.

“Sukacita juga saya katakan bahawa, Kerajaan Persekutuan telahpun bersetuju meneruskan kembali OPS Gading bagi membanteras gejala pencerobohan tanah serta kehadiran pekerja-pekerja dalam kalangan pendatang tanpa izin (pati).

Malah, OPS Gading telahpun kembali dilaksanakan sejak 1 november lepas (2018) dengan antara lain, penempatan tentera darat dan pasukan gerakan am (p.g.a), selain agensi-agensi tempatan lain di di kawasan Cameron Highlands.

Penempatan ini bertujuan untuk meningkatkan pemantaun serta bagi menegaskan tentang aspek, ‘show of presense’ oleh pasukan-pasukan keselamatan kita di sana.”

Mengulas dengan lebih lanjut, satu sistem pemantauan telah dibangunkan bagi mengesan sebarang bentuk gejala penerokaan tanah. Sistem ini turut diakses secara atas talian oleh pegawai-pegawai di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands.

Pemantauan pula dilakukan secara berterusan termasuk pada hari cuti umum. Selain itu, pejabat daerah dan tanah cameron highlands telah mendapat kerjasama Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) dalam meningkat dan mengemas-kinikan lagi kerja-kerja pemantauan ini.

Leave a comment