Kisah Pengorbanan Jaga Adik-beradik OKU Dapat Perhatian

Kisah Pengorbanan Jaga Adik-beradik OKU Dapat Perhatian

Exco Pelancongan Alam Sekitar, Perladangan negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin dalam Program Ziarah Ramadan anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Temerloh telah berkesempatan menziarahi keluarga ini semalam.

Temerloh: Kisah mengenai pengorbanan dua beradik di Kampung Baru Lebak menjaga enam adik-beradik yang mengalami masalah mental mendapat perhatian setelah disiarkan oleh akhbar tempatan, Sinar Harian pada 15 Mei lalu.

Exco Pelancongan Alam Sekitar, Perladangan negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin dalam Program Ziarah Ramadan anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Temerloh telah berkesempatan menziarahi keluarga ini semalam.

Muslaili Musa, 36 dan Haslina Musa, 35 terpaksa berkorban menjaga adik beradik mereka Mustafa, 54, Mustajudin, 53, Musnani, 45, Musalmah, 43, Muzlan, 42 dan Mohd. Muslim, 41 setelah ibu bapa mereka meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Mohd. Sharkar yang juga Ketua UMNO Bahagian Temerloh turut menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban keluarga berkenaan.

Ziarah ini merupakan kali ke-3 beliau ke rumah ini dan pihaknya sentiasa mengambil berat dengan keluarga itu yang juga pernah dibantu sebelum ini.

”Dari semasa ke semasa kita sentiasa memantau sebarang perkembangan keluarga ini selain mengharapkan kerjasama pemimpin setempat dan penduduk kampung.

”Kita juga akan memohon untuk mendapatkan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana difahamkan dua daripada enam beradik itu tidak mendapat bantuan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Oleh: Admin

 

Leave a comment