Kuantan Palmyras, Pasukan Dari Kuantan Ke Kejohanan Ragbi UPM 10’s

Serdang, 13 April- Satu Kejohanan Ragbi Serdang 10’s 2019 sedang belangsung di Padang A, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Kejohanan yang diadakan selama dua hari ini menyaksikan sebanyak 16 pasukan, 240 pemain ragbi dari seluruh negara.
Antara pasukan yang menyertai kejohanan ini adalah Serdang Angels, Uitm Lions, Polis Bersatu, SSTMI, ASAS Rugby, Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan juga wakil dari Pahang, Kuantan Palmyras Rugby Club (KPRC).
Berada dalam Kumpulan B bersama pasukan yang berpengalaman iaitu Uitm Lions, Polis Selangor dan Southern Bear Rugby Club (Endau) tidak memutuskan semangat buat Palmyras untuk bersaing dalam kejohanan ini.
”Ini merupakan kejohanan pertama yang menggabungkan pemain bawah 20 tahun beserta pemain utama dan merupakan penanda aras bagi kejohanan terbuka pada tahun ini,” kata pengurus pasukan KPRC, Encik Zaid Zuhri.
Pasukan Palmyras dibawah bimbingan Encik Azman Suah merupakan cetusan daripada semangat atlit ragbi Pahang yang ingin membangunkan sukan ragbi di negeri Pahang sekali gus membawa nama Pahang ke peringkat tertinggi.
Oleh: Admin