LGBT – Pelanggaran Hukum Alam dan Jenayah Syariah

LGBT – Pelanggaran Hukum Alam dan Jenayah Syariah

Kuantan, 19 Mac- Sesuatu yang amat membimbangkan apabila gejala lesbian, gay, bisexsual dan trasgender (LGBT) kini sudah mula rancak dan sedang meresap masuk ke ruang atmosfera kehidupan masyakarat Islam di Malaysia.

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan satu himpunan dan perarakan di ibu kota yang tujuannya untuk meraikan Hari Wanita sedunia telah melaungkan slogan yang menyokong slogan pro-LGBT.

Sesungguhnya, Allah SWT telah menjadikan setiap makhluk di bumi ini berpasang-pasangan dan fitrahnya akan tertarik kepada jantina berlainan.

Hukum alam yang telah tercipta ini tidak hanya ditentukan kepada manusia, malah kepada haiwan dan tumbuhan.

Allah SWT telah memperingatkan kita di dalam Surah Al-Syu’ara’, ayat 165-166 yang bermaksud,

“Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia? Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri- isteri kamu? Kamu orang-orang yang bersalah, bahkan kamu ialah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan).”

Diriwayatkan daripada Imam-al-Baihaqi dari Abi Musa al-Asy’ari (r.a), sesungguhnya Rasullullah SAW bersabda:

“Apabila seseorang lelaki mendatangi lelaki maka mereka berdua berbuat zina, dan apabila seorang wanita mendatangi wanita maka mereka berbuat zina.”

Undang-undang syariah negara turut menegaskan bahawa perlakuan lesbian, gay, bisexsual dan transgender merupakan suatu kesalahan di bawah undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah negeri-negeri.

Kesimpulannya, gejala yang tidak bermoral (LGBT) ini haruslah diambil berat dan debendung oleh segenap lapisan masyarakat.

Kerajaan turut memainkan peranan penting terutamanya Penguatkasaan undang-undang haruslah diperkuat dan diperketatkan agar isu ini dapat ditangani daripada merebak dan berleluasa.

Selain daripada itu, pendidikan awal yang bermula daripada rumah memainkan peranan besar dengan mengawasi perilaku anak-anak terutamanya penggunaan telefon bimbit dan komputer serta dedahkanlah mereka dengan ilmu agama supaya menjadi benteng diri mereka untuk menghadapi zaman yang penuh cabaran ini.

Wallahu a’lam.

Oleh: A.

Leave a comment