Mangsa banjir diminta mendengar arahan untuk berpindah

Mangsa banjir diminta mendengar arahan untuk berpindah


Kuantan, 14 Disember – Seramai 56 keluarga tiga buah kampung di Kuantan, dipindahkan ke pusat pemindahan banjir setelah kediaman mereka dinaiki air kerana hujan lebat yang berlarutan sejak siang semalam.

Setakat ini,sebanyak  tiga (3) buah pusat pemindahan banjir telah dibuka iaitu di SK Cherating, SK Sg. Ular dan SK Sg. Karang.

Ketika lawatan Menteri Besar, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy ke pusat pemindahan banjir di SK Cherating, beliau telah menasihati kepada orang ramai untuk berpindah apabila mendapat arahan.

“Saya minta mereka mendengar arahanlah. Sekiranya diarahkan untuk berpindah, mereka kene berpindah,” nasihat beliau ketika ditemuramah wartawan.

“Kita tidak boleh berkompromi sebab ini melibatkan masalah nyawa dan keselamatan. Sekiranya berlaku apa-apa, tidak pindah; usaha-usaha menyelamat menjadi amat sukar. Jadi, lebih baik patuh kepada arahan,” katanya lagi.

Menteri besar turut menzahirkan ucapan tahniah kepada NADMA (National Disaster Management Agency) kerana bertanggungjawab dalam menguruskan mangsa banjir disamping memberi bantuan sepatutnya.



 

Leave a comment