Masalah Air:Penduduk Chini Terus Dibantu

Masalah Air:Penduduk Chini Terus Dibantu

Chini, 27 Mac- Sebanyak 2,500 botol air yang setiap satu berisi 20 liter air telah diserahkan kepada penduduk Chini Timur 1, 2, 3, dan Sentuhan Kasih Felda Chini Timur 2.

Pada Majlis Penyerahan Sumbangan Air Minuman Bagi Penduduk Chini di Dewan Orang Ramai Chini Timur 3, seramai 1,707 keluarga telah mendapat manfaat daripada program tersebut.

Majlis penyerahan air minuman ini adalah usahasama Kerajaan Negeri Pahang juga merupakan sebahagian daripada projek khidmat sosial masyarakat (CSR) Yayasan Pahang bertujuan membantu masyarakat di sekitar Chini yang berdepan dengan masalah bekalan air yang agak meruncing ekoran kemarau yang berlaku sejak awal bulan lalu.

Penyampian bantuan air minuman dilakukan oleh ADUN Kawasan Chini, YB Dato’ Sri Abu Bakar Bin Haji Harun dan Pemangku Pegawai Operasi Yayasan Pahang, Tuan Haji Ab Razak Abu Musa Saari.

Oleh: A.

 

Leave a comment