MB Pahang Sokong Keputusan Kerajaan Pusat Teruskan ECRL

MB Pahang Sokong Keputusan Kerajaan Pusat Teruskan ECRL

Kuantan, 21 Mac- Kenyataan telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkenaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan diteruskan pada skala yang sesuai setelah rundingan semula dengan China dilakukan.

“Jika rundingan semula ini berhasil, kerajaan yakin projek ECRL akan diteruskan pada skala yang sesuai dengan manfaat yang bakal dijana oleh rakyat dan menyelamatkan Malaysia daripada beban hutang yang tinggi,” katanya di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) mengenai status terkini projek ECRL dan sama ada kerajaan akan meneruskan projek berkenaan.

Sebelum ini, Menteri Besar Pahang pernah mengulas bahawa Kerajaan Negeri menyambut baik projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang hanya digantung pelaksanaannya, sementara kajian ke atas kos dilakukan.

(http://khabarpahang.blogspot.com/2018/11/ecrl-kerajaan-negeri-sambut-baik.html)

“Harapan Kerajaan Negeri ialah agar kajian ini dapat dilaksana dan disiapkan segera, supaya penyambungannya kembali dapat berjalan lancar dan siap dalam tempoh yang sewajarnya,” katanya.

Dato’ Sri Wan Rosdy juga berkata, ECRL bakal memberi manfaat besar kepada rakyat khususnya di negeri-negeri Pantai Timur.

“Jika ECRL ini diteruskan, sudah tentu ia akan memberi manfaat kepada rakyat di Pantai Timur khususnya di Negeri Pahang ini… bukan sahaja memudahkan pergerakan mereka untuk ke sesuatu tempat, malahan memberi peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi masyarakat juga,” ujarnya.

“Kerajaan Negeri Pahang amat menyokong dan menyambut baik keputusan oleh Pusat untuk meneruskan projek ini kerana di Pahang sahaja kemajuan yang telah dicapai setakat ini sudah 13 hingga 14 peratus,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Tun Dr. Mahathir turut mengumumkan pelantikan Tun Daim Zainuddin sebagai Utusan Khas Perdana Menteri bagi mengetuai proses rundingan semula ECRL dengan China.

Oleh: Admin

Leave a comment