MB Ucap terima kasih kepada pengundi Semenyih, PAS

MB Ucap terima kasih kepada pengundi Semenyih, PAS

Dato’ Sri Wan Rosdy memberi kata semangat ketika program bersama Dato’ Sri Najib Razak di Semenyih

Semenyih, 2 Mac – Menteri Besar Pahang telah menzahirkan ucapan terima kasih beliau kepada pengundi di Semenyih di atas BN di PRK N.24 Dun Semenyih hari ini.

Dalam ruangan ‘facebook’, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh kepimpinan, ahli-ahli dan jentera PAS kerana telah membantu kemenangan Barisan Nasional.

”Permuafakatan erat UMNO dan PAS telah membuahkan hasil yang yang cukup membanggakan di Semenyih. Bagi saya, ia merupakan kemenangan kepada Melayu dan Islam, tanpa meminggirkan kaum-kaum lain”,katanya lagi.

Selain daripada itu, beliau turut berkata majoriti rakyat sudah mulai sedar kepincangan Kerajaan PH dan jentera BN harus memanfaatkan kesempatan ini sekali gus bekerja keras memastikan kejayaan berterusan BN di Dun Rantau.

Calon Barisan Nasional (BN) Zakaria Hanafi berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini selepas diumumkan menang sebentar tadi.

Zakaria memperoleh 19,780 undi mengatasi lawannya dari Pakatan Harapan (PH) Muhammad Aiman Zainali yang mendapat 17,866 sekali gus menang dengan majoriti 1,914 undi.

Sementara itu, Nik Aziz Afiq Abdul, 25, mewakili Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendapat 841 undi dan calon BEBAS iaitu Kuan Chee Heng, 54, atau lebih dikenali sebagai ‘Uncle Kentang’ sekadar meraih 725 undi.

Leave a comment