MUIP: RM10 Juta Wang Zakat Diagihkan Sebagai Bantuan Ramadan dan Aidilfitri

MUIP: RM10 Juta Wang Zakat Diagihkan Sebagai Bantuan Ramadan dan Aidilfitri

Kuantan, 27 Mei – Sejumlah RM10 juta daripada bantuan zakat telah diperuntukkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kepada golongan asnaf, fakir dan miskin.

Peruntukkan ini adalah sebagai bantuan Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini.

Pada Program Ziarah Prihatin Pesakit Miskin, Timbalan Yang Dipertua MUIP, Datuk Seri Abdul Wahid Wan Hassan berkata bantuan zakat itu merangkumi pemberian wang tunai dan bantuan barang keperluan makanan, dengan tumpuan diberikan kepada pesakit di hospital.

“Setakat ini, kita telah melawat Hospital Raub dan Hospital Muadzam Shah dan hari ini di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini sebelum ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh.

“Bantuan zakat juga diberikan kepada pelajar maahad tahfiz, surau dan masjid serta individu persendirian yang dipastikan layak dan memerlukan sumbangan ini,” katanya.

Seramai 400 pesakit telah menerima sumbangan meliputi wang tunai RM200 dan barangan makan sejumlah RM65 pada program ini.

Turut hadir Pengarah HTAA Dr Norazmi Abdullah dan Setiausaha MUIP Datuk Ahmad Hairi Hussin.

Sumber: Bernama

Oleh: Admin

Leave a comment