Pahang Mula Memartabatkan Tulisan Jawi

Pahang Mula Memartabatkan Tulisan Jawi

Papan tanda lorong jalan yang menggunakan tulisan jawi di Kuantan. Sumber- Facebook Pahang Darul Makmur

ULASAN | Kuantan: Penggunaan tulisan jawi kini sudah dimulakan di beberapa di bebarapa kawasan dengan meletakkan papan tanda jalan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Langkah ini adalah seiring seperti dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta’in Billah yang memberi perhatian serius kepada usaha untuk memperkasakan tulisan jawi di Negeri Pahang ini.

KDYMM Tuanku Sultan Pahang diiringi YAB Menteri Besar Pahang menyempurnakan perasmian Program Memartabatkan Penggunaan Tulisan Jawi Negeri Pahang di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah pada 13 November 2018.

“Hasrat saya mahu tulisan jawi diperkasa, dibudayakan dan tidak mahu ia hilang begitu sahaja. Tidak salah kalau ia dipamerkan di bangunan, jalan kerana ia menunjukkan identiti kita dan seharusnya kita rasa bangga.

“Tulisan jawi juga perlu terus diajar di sekolah-sekolah sehingga ke peringkat universiti termasuk pertandingan menlukis tulisan jawi misalnya akan meningkatkan rasa sayang dan cinta pelajar terhadap tulisan itu,” titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Pahang pada Program Memartabatkan Penggunaan Tulisan Jawi Negeri Pahang di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, 13 November tahun lepas.

Penggunaan tulisan jawi sebenarnya telah dilaksanakan oleh Majlis Daerah Pekan (MDP) sejak tahun 2005 dan kini usaha tersebut diperluaskan lagi meliputi segmen-segmen lain di daerah Pekan, seterusnya ke daerah-daerah lain.

Oleh: Admin

2 Replies to “Pahang Mula Memartabatkan Tulisan Jawi”

Leave a comment