Pamerkan permainan cemerlang menentang Kedah, saran MB Pahang

Pamerkan permainan cemerlang menentang Kedah, saran MB Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail percaya, kesebelasan pemain Pahang akan berusaha serta dapat mempamerkan permainan cemerlang apabila menentang Kedah pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, malam esok.

Kepercayaan ini katanya, disebalik persiapan Pahang sedikit terencat ekoran beberapa pemain harapannya seperti penyerang ‘Mat Yo’ (Norshahrul Idlan Talaha) masih berada dalam senarai kecederaan, lalu tidak dapat diturunkan.

“Apapun, kepada kesebelasan pemain Pahang saya sarankan supaya ‘Hogoh Pahang Hogoh’. Berikan persembahan yang cemerlang dan dapatkan keputusan terbaik untuk menjadi bekalan selesa apabila bertemu Kedah pada separuh akhir kedua di Kuantan nanti,” katanya.

Jika rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan pada Liga Super sebelum ini dapat berulang pada kali ini kata Dato’ Sri Wan Rosdy lagi, sudah cukup memadai, yang akan menjamin kemaraan Pahang ke perlawanan akhir Piala Malaysia yang berprestij itu kelak.

Pada perlawanan timbal-balas melibatkan kedua-dua pasukan tersebut dalam Liga Super sebelum ini, skuad Tok Gajah mengatasi skuad Helang Merah 1-0 pada perlawanan di Kuantan, dan seri 0-0 apabila bertandang ke Alor Setar.

Oleh: Admin

Leave a comment