Peningkatan Hasil antara fokus utama Kerajaan Negeri bagi tahun 2019

Peningkatan Hasil antara fokus utama Kerajaan Negeri bagi tahun 2019

BERITA | Kuantan, 8 May 2019; Antara fokus utama bagi tahun kedua pentadbiran YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail adalah untuk meningkatkan hasil Kerajaan Negeri.

Perkara ini dijelaskan oleh beliau ketika sesi temuramah “Setahun Sebagai Ketua Eksekutif Negeri” yang berlangsung di Wisma Sri Pahang semalam.

Beliau memberitahu sehingga April 2019, Kerajaan Negeri telah berjaya mengutip sebanyak RM 181 Juta hasil pendapatan Kerajaan Negeri dan ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM 41 Juta kutipan yang dilakukan pada April tahun lepas iaitu sebanyak RM 140 Juta.

Peningkatan sebanyak RM 41 Juta ini adalah usahasama pentadbiran Kerajaan dan penjawat awam untuk mencapai sasaran 90% kutipan menjelang akhir tahun ini.

Jelas beliau lagi, Kerajaan Negeri juga akan lebih fokus untuk meningkatkan hasil dari sumber-sumber yang terdapat di Negeri Pahang dan pada masa yang sama, menarik pelabur asing untuk melabur di Negeri Pahang.

Sebagai contoh baru-baru ini saya telah pergi ke singapura untuk menarik pelaburan dan saya dapati bahawa mereka sangat berminat dalam sektor pertanian dan pelancongan, maka dengan ini tindakan susulan akan dibuat dan saya juga akan pergi ke Singapura sekali lagi untuk perbincangan yang lebih terperinci,” jelas beliau.

Beliau juga menegaskan, Kerajaan Singapura turut memberi respon yang positif dan Kerajaan Negeri akan menyediakan kemudahan yang baik kepada mereka untuk mengadakan lawatan rasmi ke Negeri Pahang kelak.

Mengulas lebih lanjut, beliau juga amat berpuas hati dengan prestasi EXCO Kerajaan Negeri. Ujar beliau, setiap daripada mereka ( EXCO ) mengetahui tugasan masing – masing dan sentiasa bekerja ke arah matlamat Kerajaan Negeri.

Beliau juga ditanya mengenai, adakah perbezaan senario politik dengan Kerajaan Perseketuan telah menjejaskan pentadbiran Kerajaan Negeri, beliau memberi respon tidak sama sekali. Ini kerana matlamat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah sama, iaitu bekerja untuk rakyat.

“Baru-baru ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB┬áZuraida┬ábinti Kamaruddin telah datang ke Negeri Pahang dan mereka telah menambah peruntukkan untuk pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat di Negeri Pahang” ujar beliau.

Ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Persekutuan juga turut sama-sama membantu demi keperluan rakyat Negeri Pahang.

Namun pada yang sama, Kerajaan Negeri perlu mempertingkatkan lagi pentadbiran agar boleh berdikari pada masa akan datang.

Oleh: Admin

 

 

 

 

Leave a comment