Perutusan Aidilfiri YAB Menteri Besar Dan Video Ucapan Raya

Perutusan Aidilfiri YAB Menteri Besar Dan Video Ucapan Raya

PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI 1440 HIJRAH / 2019 MASIHI
YAB MENTERI BESARI PAHANG

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Allahu Akbar,
Allahu Akbar,
Allahu Akbar,
Walillah hil Hamd.

Marilah kita mengucapkan syukur kehadrat Ilahi, kerana dengan limpah rahmat-Nya, kita dapat bersama-sama meraikan Aidilfitri pada tahun ini, menandakan kejayaan kita setelah sebulan berada dalam madrasah Ramadan.

Ambillah peluang menyambut Aidilfitri ini dengan mengeratkan talian silaturrahim di antara kita dengan menghidupkan budaya kunjung mengunjung dana bermaaf-maafan.

Tahun ini merupakan tahun pertama bagi kami, warga pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang menyambut Aidilfitri sebagai pentadbiran yang baharu. Tidak dinafikan, dalam tempoh satu tahun ini, banyak cabaran telah dilalui di negeri kita ini. Namun, dengan berkat usaha, kerja keras dan doa daripada semua pihak, kita berjaya buktikan bahawa Negeri Pahang berada dalam keadaan yang baik dan stabil.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon maaf diatas segala keterlanjuran baik dalam pertuturan mahupun perbuatan. Sebagai seorang insan, kita pastinya tidak lari daripada melakukan kesilapan.

Pesanan kepada anak perantauan yang ingin pulang ke kampung halaman supaya membuat persiapan yang cukup sebelum memulakan perjalanan. Pastikan kenderaan yang dinaiki berada dalam keadaan yang baik dan memandulah dengan cermat dan jangan ikut perasaan.

Dalam kemeriahan kita menyambut hari raya, janganlah kita lupa untuk kita memanjatkan doa dan harapan buat saudara kita di Palestin, Syria, Iraq, Afghanistan, Rohinya, Somalia dan lain-lain yang terus dihimpit dan dibelenggu dengan peperangan, penderitaan, dan cengkaman musuh Islam semoga Allah SWT sentiasa memberi pertolongan dan kemenangan kepada mereka.

Akhir kata, dengan rasa rendah diri dan penuh kesyukuran, saya mewakili warga serta kakitangan Kerajaan Negeri Pahang ingin mengucapkan,

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin.

Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail,
Menteri Besar Pahang.

Leave a comment