Piala Malaysia: Pahang Terus Mara
Melaka, 22 Sep – Skuad bola sepak Pahang telah berjaya meletakkan sebelah kaki mereka ke separuh akhir Piala Malaysia apabila berjaya menumpaskan Melaka United 3-0 dalam aksi pertama suku akhir kejohanan di Stadium Hang Jebat, malam semalam.
Pahang memulai rentak perlawanan terbaik selepas separuh masa kedua apabila berjaya memecahkan benteng pertahanan MU pada minit ke-56 apabila Lazarus Kaimbi meledak gol pertama sebelum Wan Zaharulnizam Wan Zakaria mengukuhkan kedudukan dua minit kemudian.
Begitupun, skuad kendalian Dollah Salleh terus meletakkan Pahang pada mata selesa apabila jaringan ketiga Pahang dihasilkan pada minit ke-61 hasil tandukan penyerang Pahang, Dickson Nwakaeme.
Keputusan terbabit memberi kelebihan buat Tok Gajah bagi mengharungi suku akhir kedua Piala Malaysia di Kuantan 29 September depan.
Oleh: Admin