PJ City, Tok Gajah Keputusan Seri Di Kuantan

PJ City, Tok Gajah Keputusan Seri Di Kuantan

Sebelas pemain utama skuad Tok Gajah.

Kuantan: Hasrat untuk Pahang mendapatkan tiga mata penuh dan mengekalkan tempat teratas Liga Super telah berjaya dipatahkan oleh Petaling Jaya (PJ) City setelah mendapat keputusan seri 1-1 di Stadium Darul Makmur malam semalam.

Pj City berjaya membuka tirai gol perlawanan melalui bekas pemain kebangsaan Safee Sali pada minit ke-32 melalui sepakan lambung yang menewaskan penjaga gol Pahang, Mohd Helmi Elias.

Skuad Tok Gajah kemudiannya cuba bangkit untuk menyamakan kedudukan selepas mengasak gol pelawat melalui beberapa percubaan seperti rembatan pemain Pahang Wan Zaharulnizam ke arah gawang namun terkena palang gol.

Usaha skuad kendalian Dollah Salleh akhirnya berjaya apabila pemain penyerang import daripada Brazil dengan gelaran Ze Love berjaya menyempurnakan sepakan percuma dan menghasilkan gol penyamaan 1-1 pada manit ke-49.

Kedudukan kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Pahang kini berada di kedudukan tangga kedua dengan kutipan 18 mata di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mengumpul 20 mata.

Pahang akan menentang PKNS FC pada 14 April 2019 di Stadium Shah Alam.

Oleh: Admin

Leave a comment