Putrajaya Belum Buat Keputusan Bayar Pampasan Hutan Simpan

Putrajaya Belum Buat Keputusan Bayar Pampasan Hutan Simpan

Ulasan| Kuala Lumpur: Kerajaan Pusat (Putrajaya) masih belum membuat keputusan untuk membayar pampasan kepada mana-mana negeri yang telah menjadikan kawasan hutan rizab hidupan liar sebagai kawasan tadahan air.

“Kita belum buat keputusan untuk memberi pampasan kepada mana-mana negeri berhubung isu tersebut,” kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar kepad pemberita semasa menghadiri Hari Bumi di Taman Tugu, 20 April lalu.

Beliau turut berkata semua negeri, bukan sahaja Pahang yang menuntut pampasan namun, sama ada mereka diberi pampasan ataupun tidak adalah perkara yang berlainan.

“Semua kerajaan negeri mahukan pampasan tetapi sama ada kita mampu membayarnya adalah persoalan yang lain. Semalam kami berbincang dan mendapati ada cara lain yang boleh dilaksanakan selain membayar pampasan.

“Ia merangkumi pelan dan program penanaman semula hutan serta industri perhutanan yang boleh diteroka sebagai satu sektor ekonomi baharu.

“Saya berpendapat kerajaan negeri patut mengambil peluang sepenuhnya daripada program berkenaan bagi membantu meningkatkan ekonomi negeri masing-masing,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail berkata pada di Dewan Dun Pahang mengenai kos melepas yang terpaksa Kerajaan Negeri Lepaskan adalah sebanyak RM17.1 billion yang melibatkan hampir satu juta hektar kawasan hutan rizab hidupan liar.

Daripada jumlah tersebut, RM16.4 billion adalah kos melepas bagi kawasan hutan simpan dan hutan rizap hidupan liar yang digunakan sebagai kawasan tadahan air manakala RM692 juta adalah kos melepas bagi kawasan Empangan Kelau.

Daripada jumlah tersebut, RM16.4 billion adalah kos melepas bagi kawasan hutan simpan dan hutan rizap hidupan liar yang digunakan sebagai kawasan tadahan air manakala RM692 juta adalah kos melepas bagi kawasan Empangan Kelau.

Oleh: Admin

Sumber: Berita Harian

 

Leave a comment