Racun Makhluk Perosak Dalam Sungai Cameron Highlands

Racun Makhluk Perosak Dalam Sungai Cameron Highlands

Aktiviti pertanian yang tidak terkawal sehingga menyebabkan pencemaran sungai

Ulasan | Cameron Highlands: Kaji Seledik bagi mengenal pasti tahap kebersihan air sungai di Cameron Highlands telah dijalankan oleh Rangkaian Tindakan Racun Makhluk Perosak Rantau Asia dan Pasifik (Panap) dan Dana Alam Sekitar Global Jepun (JFGE) sejak Ogos hingga Disember tahun lalu.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh sekumpulan empat penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tersebut, didapati beberapa racun makhluk perosak yang mana sebelum ini telahpun diharamkan penggunaannya di negara ini terkandung dalam air sungai dan air paip yang digunakan penduduk di Cameron Highlands.

Antara racun makhluk perosak yang ditemui termasuklah endosulfan, endrine ketone, aldrin dan DDE.

Pengarah Eksekutif Panap, Sarojeni Rengam berkata, walaupun kajian itu tidak melibatkan sisa bahan racun makhluk perosak dalam makanan, namun menjadi keutamaan kepada masyarakat untuk mengetahui tahap pencemaran yang terdapat dalam makanan mereka akibat sisa racun tersebut.

Beliau turut menjelaskan bahawa racun-racun yang telah diharamkan tersebut telah diharamkan dan sepatutnya tidak wujud lagi.

“Kami menggesa pihak yang bertanggungjawab untuk mengambil langkah-langkah perlu dalam menyebarkan maklumat ini kepada pengguna agar mereka dapat membuat pilihan terbaik.”

“Selain itu, para penyelidik dan pihak bertanggungjawab juga perlu menjalankan lebih banyak kajian untuk memastikan tahap pencemaran bahan racun makhluk perosak di Cameron Highlands,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Seminar Dalam Meningkatkan Kesedaran Kesan Racun Perosak Terhadap Kesihatan Manusia dan Alam Sekitar di Cameron Highlands 6 Mac lalu.

Beliau turut menegaskan sebarang penggunaanya berkemungkinan bahaya yang tinggi kepada pengguna, tempat kerja dan tempat tinggal.

Lebih membimbangkan, bahan-bahan makhluk perosak ini akan berakumulasi dalam lemak oranisme dan stabil dalam jangka masa panjang.

Kemudiannya, bahan ini mampu meniru fungsi semula jadi hormon manusia yang mungkin akan menyebabkan permasalahan pada sistem edoktrin manusia serta haiwan dan kesan yang lebih teruk apabila gangguan tersebut mampu menyebabkan kecacatan, masalah perkembangan, kanser, masalah kemandulan, obesiti, diabetes dan masalah metabolisme.

“Sememangnya situasi ini amat membimbangkan kerana Cameron Highlands merupakan pengeluar sayur-sayuran dan buah-buahan utama negara,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (REACH), R. Ramakrishnan berkata, tinjauannya di beberapa kedai mendapati masih ada dalam kalangan pekedai menjual racun perosak yang telah diharamkan itu.

Katanya, racun-racun tersebut diimport dan dijual secara sembunyi-sembunyi di sini.

Terkini, bacaan Indeks Kualiti Air ( IKA ) bagi bulan januari 2019 di Stesen-Stesen Pengawasan Kualiti Air Sungai Terla adalah di paras 88 Kelas IIA iaitu ia memerlukan rawatan konvensional.

Sumber : http://www.utusan.com.my/berita/nasional/air-sungai-di-cameron-highlands-tercemar-1.66774

Oleh Admin.

Leave a comment