Ramadan Tanah Rata: YB Ramli Serah Bantuan Kepada Asnaf

Ramadan Tanah Rata: YB Ramli Serah Bantuan Kepada Asnaf

Bergambar kenangan bersama YB Tuan Ramli bersama penerima sumbangan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) Yayasan Pahang.

Tanah Rata – Seramai 150 orang daripada golongan asnaf daripada kawasan Tanah Rata telah menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Tanah Rata, 24 Mei lalu.

Majlis diserikan dengan kehadiran YB Tuan Ramli Bin Mohd. Nor, Ahli Parlimen Cameron Highlands bagi menyampaikan bantuan tersebut.

Salah seorang pelajar menerima Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) Yayasan Pahang oleh YB Ramli.

Dalam majlis yang sama, seramai 131 pelajar yang terdiri daripada tiga buah sekolah iaitu SMK Sultan Ahmad Shah, SMK Kampung Raja, dan SMK Ringlet turut menerima sumbangan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) Yayasan Pahang.

Pada program seharian di Tanah Rata, YB Tuan Ramli turut beramah mesra bersama masyarakat dalam beberapa program lain seperti Program Agihan Bubur Lambuk dan juga Penyerahan Juadah Berbuka Puasa Kepada anggota bomba dan polis kawasan Brincang.

Oleh: Admin

 

 

 

Leave a comment