Ramadhan Penghulu Segala Bulan

Ramadhan Penghulu Segala Bulan

Nabi Muhammad (´Ě║) berkata: ‘Barangsiapa berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dariapada Allah, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni.’ (Sunan Nasai)

Apabila tibanya bulan Ramadhan, setiap orang Islam di seluruh dunia akan bersyukur kepada Allah Yang Maha Esa kerana telah memberi kepada kita satu peluang untuk menjadi sebahagian daripada kegembiraan ini.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mempunyai ganjaran-ganjaran istimewa, kebaikan, kehormatan dan rahmat dari Allah Ta’ala kerana setiap amalan yang dilakukan dalam bulan ini memberi pahala yang berlipat kali ganda berbanding dalam bulan-bulan Islam lain.

Bulan mempunyai berkat istimewa untuk ummat Islam kerana doa dan belas kasihan Allah curahkan di setiap saat pada bulan Ramadhan ini.

Hanya dibulan Ramadhan, ummat Islam dituntut untuk menunaikan ibadah puasa daripada terbit fajar sehinggalah gelincirnya matahari disepanjang bulan. Sesungguhnya, ibadah puasa mengajarkan kita untuk bermuhasabahkan diri dengan menyedari bagaimana orang miskin berjaya hidup dalam keadaan lapar dan dahaga.

Ibadah puasa turut membantu kita meningkatkatkan taqwa, membuat kita lebih bersabar dan bersikap terbuka dalam pelbagai perkara.

Pada sebelah malam pula, Ramadhan dihidupkan dengan solat sunat Tarawikh dan bertadarus Al-Quran.

Terpaling istimewa pada bulan Ramadhan yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain ialah, Allah SWT mengurniakan satu malam khas dikenali sebagai Lailatul Qadar. Malam ini adalah malam yang terbaik daripada seribu malam dan bagi sesiapa yang ingankan sesuatu hajat atau memohon keampunan, sudah pasti ini adalah malam buat mereka.

Selain itu juga, salah satu amalan penting pada bulan Ramadhan ialah mengeluarkan Zakat. Perintah menunaikan Zakat Fitrah bermula pada tahun kedua Hijrah, iaitu tahun diwajibkan puasa pada bulan Ramadhan untuk mensucikan orang Islam yang berpuasa dari kata-kata dan perbuatan yang tidak berguna. Zakat Fitrah juga untuk memberi makanan kepada orang-orang miskin dan mencukupkan keperluan dan permintaannya pada Hari Raya 1 Syawal (Aidilfitri).

Wallahua’lam.

Oleh: Admin

Leave a comment